Saturday, July 23, 2011

::HAPPY BIRTHDAY TWIN::


Hari ini 23 Julai 2011..Hari Lahir BFF sy..Nur Iwana Yazid dan Nur Iwani Yazid..yeaaay, diorang dah genap 25 tahun dah hari ni..tapi sy belum lagi..still 24 tahun..hehehe..jangan jeles ye BFF..sy nak mengucapkan Selamat Hari Lahir, Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki, dan Bahagia bersama keluarga tersayang..walaupun diorang baru kehilangan tok tersayang, kuatkan diri, tabahkan hati..

Saja nak rewind usia perkenalan kami yang dah hampir 10 tahun ni..kejap je kan, pejam celik, pejam celik rupanya dah 10 tahun kita berkawan..berkawan rapat+baik+akrab..:)..kita pegi sekolah sekali tambahan pula sy satu kelas dengan Wana dari Tingkatan 4 hinggalah ke Tingkatan 6 Atas..kuat sungguh jodoh kami..dan dalam kelas pun kami duduk sebelah menyebelah je..pergi sekolah pun sama-sama.."kayuh gerek" or kadang-kadang abah dioarang hantar naik kereta dan bila baliknya kami akan tumpang Cikgu Rohiza..guru sejarah kami..hehehee..teringat balik kenangan itu..

Time nak exam kami study sesama..best-best..tapi kadang-kadang tu menyembang je yang lebih pun..hehehehe..dan kenangan yang paling manis ialah masa Tingkatan 6 Atas..best, best, best..sebab masa ni sy berjumpa dengan Muhamad Izzad Ahmad Kamal..dan Wana la akan jadi peneman sy untuk berdating..hehehe..masa mula-mula la..lepas tu dating sendiri ler..hehehehe..kami akan berjalan sesama untuk masuk ke sekolah dan sama jugak masa nak balik..Wana dan Meor pulak jadi peneman merangkap back up kami..hehehe..tak de la nampak sangat sebab ramai-ramai..kalau berjalan berdua je dengan Mr.HUBBY, sure cikgu-cikgu akan perasan..

Banyak kenangan sy bersama dengan diorang..diorang tempat sy mengadu nasib..ape je masalah sy boleh share dengan diorang..dan harapan sy semoga persahabatan yang kita jalin ni akan kekal hingga ke akhir hayat..walaupun kita masing-masing dah ada jalan hidup sendiri, tapi kita akan tetap berkawan baik..cuma sekarang ni la kami berpisah lepas sy dapat transfer ke Ipoh kerana mengikut Mr.HUBBY..tapi, setiap kali sy balik kampung, sy takkan lupa untuk menziarah diorang..

kami bercuti @ Ipoh
Iwana & Iwani Yazid
BFF

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...