Friday, July 8, 2011

::SEDIH, SEDIH, SEDIH::

Hari ni genap la 8 hari Muhammad Zamir Hazeeq bin Muhamad Izzad lahir melihat dunia..dah semakin sihat dah dia dari jaundice..hope lepas ni akan bertambah sihat anak mama tu..:)..badan dia pun dah semakin keras dah..tak lembut masa 1st day dulu..:)..

Tapi sayangnya hari ni last PAPA stay sama-sama dengan Hazeeq..PAPA perlu balik semula ke Ipoh sebab dah start kerja arini..sedihnya la..dan yang paling sedih dah tentulah mama..:(..Mr.HUBBY bertolak balik selepas solat jumaat..kecian jugak tengok Mr.HUBBY pun sedih nak tinggalkan anak yang masih kecil..semalam, tidur pun sebelah dengan Hazeeq..

Sebelum nak balik tu, Mr.HUBBY cium Hazeeq puas-puas..sy yang tengok ni cepat je mengalir air mata..sedih sangat..sy tau Mr.HUBBY pun sedih tapi orang lelaki sentiasa cool je walau sedih cmane pun..ye la, sy perlukan Mr.HUBBY time pantang ni..bila Mr.HUBBY tak de mesti akan terasa ketiadaan tu.." jaga anak elok-elok syg ".."syg jangan nangis sangat, nanti bentan ".."cmane la syg tak sedih B, kena balik Ipoh tinggalkan syg dan anak sini ".." kan Hazeeq ada tu, sama la Hazeeq dengan B..Hazeeq kan pengganti B ".." nanti B off ari isnin ni B balik sini lagi "..

Masa salam dengan Mr.HUBBY lagi terasa..then peluk dengan Mr.HUBBY lagi la laju airmata ni mengalir..hmmm..kalau ikutkan hati sy nak je ikut Mr.HUBBY balik Ipoh..tapi nak buat cmane, sy kena pantang sini, kat Ipoh tak de sape nak jagakan sy yang dalam pantang ni..sabar banyak-banyak je la..walau cmane pun perasaan sedih tetap menguasai diri..:(

1 comment:

  1. sama la mcm zana dlu,wktu dalam pntang hubby la yg sgt2 dperlukan...bila xdak rasa rindu sgt tp dah tugas tpaksa la lpas kan,tp nsb la hubby zana ofis hour,so ptg jumaat ja btolak balik nak tgk anak..ahad mlm br balik penang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...