Showing posts with label BERJIMBA-JIMBA DIHUJUNG MINGGU. Show all posts
Showing posts with label BERJIMBA-JIMBA DIHUJUNG MINGGU. Show all posts

Monday, May 13, 2013

:: HUJUNG MINGGU K.A.M.I::

Pabila menjelmanya hari Sabtu dan Ahad, dalam kepala mommy memang ingat nak berjenjalan je.. hehehe.. cuma yang berkesempatan nak berjenjalan tu bergantung kepada jadual kerja Mr.HUBBY.. dan Alhamdulillah, hari Sabtu lepas dapat jugak bawa Ajeeq jenjalan.. walaupun Mr.HUBBY masih lagi dalam mode stand by, tapi boleh la kalau nak jenjalan dalam Ipoh je.. kalau dapat panggilan call dari balai pun, boleh lari balik.. So mommy ajak Mr.DADDY ke AEON Stesyen 18.. nak window shopping.. nak tengok-tengok handbeg dan baju.. kot-kot ada yang mommy berkenan.. tambahan sekarang time sale..huhuhu..

Kami keluar tengahari sikit, boleh lunch dekat luar.. so pagi tu kami breakfast roti dengan telur je.. huhuhuhu.. then mommy kemas-kemas rumah, basuh baju dan sidai.. baru la boleh berjenjalan dengan hati yang tenang.. kalau tak, asyik fikir yang umah tak kemas, baju tak basuh.. huhuhuhu..

tudiaaaa, boss kecik duk seat depan.. dengan rambut terpacak kemain lagi..








mommy yang dah tembun



Ajeeq takut ngan ayam Nando's
dari jauh berani la.. hehehehe..
Hari Ahad pulak kami tak kemana-mana.. duk rumah je sambil layan movie apa yang ada lam Astro tu.. hehehe.. dan kalau tak keluar, mommy akan memasak la.. itu je pun aktiviti masak.. cuma dikala hujung minggu.. pagi-pagi tu mommy bangun keluar ke pasar Tanjung Rambutan.. tengok ada seorang budak orang asli jual petai.. cian pulak mommy tengok.. tu yang boleh beli petai dan buat sambal udang petai tu.. huhuhuhu..

ikan merah goreng garing-garing..
sayur petola
sambal petang ngan udang..
Aktiviti dikala ahad, bangun, makan, tidur balik.. huhuhu.. pastu tengok TV..

Monday, November 26, 2012

::HUJUNG MINGGU @ KAMPUNG::

Salam Isnin yang lemau buat semua.. yess, sememangnya Isnin sungguh lemau.. kesian kepada hari Isnin.. hehehe.. ape boleh buat.. huhuhuhu.. acctualy mommy dalam kondisi badan yang kurang sihat.. huhuhu.. virus selsema menyerang.. mujur la tak teruk sangat.. sampai suara pun tak de, sampai tekak pun perit.. pape pun Alhamdulillah dah semakin bernasur baik lepas telan ubat.. tapi tu laaa, mengantuknya la haiii..

Entry ni nak bercerita tentang aktviti hujung minggu mommy di kampung.. kampung mane?? opppsss, kami tak balik ke Utara kali ni, tapi  kami menuju ke Selatan.. huhuhu.. bila menuju ke selatan, sudah semestinya la kampung Mr.HUBBY.. kami balik ke rumah nenek Mr.HUBBY di Sijangkang, Klang..:).. ibu dan ayah pun balik sana.. so kami semua berkumpul di sana la..:)..

Jumaat malam, bergerak balik ke Klang..pukul 11 malam lebih kami sampai rumah nenek.. dah lewat..:).. tapi ada lagi bestnya, Cik Anis, merangkap ibu saudara Mr.HUBBY masakkan sup tulang untuk kami.. hoyeeee.. sedapnya malam-malam makan nasi dengan sup tulang..dah tak fikirkan diet dah.. hehehehe.. dah tu ada pulak buah durian untuk kami.. bestnya bergelar orang jauh.. macam-macam menanti untuk kami makan.. hehehee.. Ajeeq pulak malam tu tidur lewat.. asyik main je dengan Acu..

Keesokkan harinya kami berjenjalan di Bagan Lalang.. pantai berhampiran Sepang Gold Coast.. best best best.. menghirup angin laut..

mommy with my hero
En. Suami & Pn. Isteri
insan kesayangan mommy
mommy & Acu
Ibu & Ayah Mr.HUBBY
the one & only my SIL
Mr.HUBBY with his sister
anak Ibu
wanita dalam keluarga..
Lepas berjenjalan, kami ke rumah kawan Ayah.. Pak Cik Abu.. kawan lama Ayah masa Ayah bertugas di Sepang.. dulu last Pak Cik Abu jumpa Mr.HUBBY, kecik lagi baru 4-5 tahun.. now Mr.HUBBY dah punyai isteri dan anak..:)..


Kemudian kami ke Kg Bangkong.. rumah ibu saudara Mr.HUBBY.. ibu saudara yag menjaga Mr.HUBBY masa Ibu keluar bekerja.. kami tak pernah lupa untuk ke rumah Mak Iza.. Now bila dah ada Ajeeq, Mak Iza dah jadi Nenek Iza la..:).. 

Ajeeq kena timbang..huhuhu..
Tengok la Ajeeq tu.. Ajeeq ditimbang menggunakan penimbang lembu..hehehee.. 8.8kg je.. huhuhuhu.. chomel je bila tengok muka Ajeeq masa diangkat berdiri atas penimbang tu.. hehehee..1 family kami bergilir-gilir naik atas penimbang ni.. hehehe.. tapi Ajeeq je yang disnap gambarnya??.. berat mommy?? hehehe.. biarlah rahsia.. hanya family je yang tau.. mommy kan bertambah bam bam..heheheehe.. while Mr.HUBBY duk maintain je.. masa sebelum kawen 73kg.. now dah nak masuk 3 tahun kawen bru naik 1kg menjadi 74kg.. huhuhuhuhu..

Keesokkan harinya kami tak kemana. just menghabiskan masa dengan nenek.. lunch tengahari sesama..:).. kami bersantap tengahari dengan siakap sweet sour airtang Ibu.. serius sedappp.. ikan pulak fresh hasil tangkapan bapa saudara Mr.HUBBY.. special thanks you Cik Pi.. dapat jugak kami makan ikan siakap fresh..

terliur balik bila tengok gambar ni.
anak kesayangan mommy
kegemaran mommy.. moktan kuning..
Alhamdulillah kami menghabiskan hujung minggu kami dengan keluarga terchenta.. sungguh indah masa-masa bersama mereka yang kami sayang..:).. next plan, kami mau balik Perlis pulak..:).. hoyeeee.. tak sabar..

Saturday, January 28, 2012

::BERJIMBA-JIMBA EDISI K.A.M.I.::

Hujung minggu menjelang lagi..dan yang pastinya, cuti hujung minggu akan dimanfaatkan sebaik yang mungkin..:)..kali ni kami sekeluarga mahu berjenjalan lagi..huhuhuhu..saja bawa Ajeeq jenjalan di hujung minggu..sengaja menyesakkan diri di shopping kompleks yang dah sememangnya meriah dikala hujung minggu camni..

Hari ni mommy, Mr.DADDY dan Ajeeq ke Ipoh Parade..nak menunaikan hajat mulut mommy yang nak makan somtam kat pesta siam..huhuhu..nasib baik pesta siam tu ada lagi, kalau tak, memang telan air liur la jawabnya..huhuhu..

Hari ni orang boleh tahan ramai..maklumla hujung minggu merangkap hujung bulan..hihihi..mesti ramai yang keluar untuk menyopping..tapi rasanya bagi kakitangan kerajaan cam mommy dan Mr.DADDY ni, duit gaji dah nak habis..:)..maklum ler gaji dapat awal sangat..:)..

Tengahari ni kami mengorder macam-macam..asalnya niat nak makan somtam je, tapi bila dah menu duk depan mata, takkan nak tengok je..maklum la darah siam mengalir dalam badan, so bila nampak makanan identiti siam ni, takkan tak nak makan kan??..hihihihi..kali ni mommy order pulut mempelam, somtam..while Mr.DADDY pulak koew teow tomyam, telur puyuh goreng..:)..nyummmmmmiii..

Selesai makan, kami berjenjalan mencuci mata..teringat pulak zaman bercinta dulu..suka sangat berjenjalan cuci mata..padahal tak de pape pun yang dibeli..now bila dah ada anak pun, perangai tu still duk melekat kuat lagi..hihihihihi..


koew teow tom yam
pulut mempelam
mommy & putera kesayangan
som tam
tuan putera ni pun kena suap makan jugak..hihihihi..
telur puyuh goreng..
ajeeq pun lapar la mommy..
insan-insan kecintaan mommy..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...