Friday, August 2, 2013

::PERSIAPAN LEBARAN K.A.M.I::

Salam Jumaat untuk semua.. hari ni last day mommy bekerja sebelum bercuti raya.. hehehehe.. walaupun raya kali ni Mr.HUBBY tak cuti, tapi mommy harus la cuti awal.. hehehehe.. nak balik berbuka puasa dengan family dan menyambut Syawal dengan family.. dan yang penting, dengan kebenaran Mr.HUBBY ye.. kalau Mr.HUBBY tak bagi kebenaran, mommy pun tak balik la.. huhuhuhuhu.. Mr.HUBBY cakap, kalau mommy tak balik, nanti bila Mr.DADDY kerja, kesian mommy duduk berdua je dengan anak dekat rumah.. Ok Mr.DADDY.. mommy dengan anak balik kampung, tapi nanti kalau Mr.DADDY offday time raya tu, boleh la Mr.DADDY balik kampung jugak.. hehehe.. sebab duk kira-kira tu offday Mr.DADDY jatuh pada raya pertama.. kalau jadual tak berubah la.. huhuhu.. minta-minta camtu la.. Aminnnn.. semoga kami dapat beraya bersama tahun ni walaupun Mr.HUBBY tak bercuti.. Berkhidmat Untuk Negara..

So berbalik kepada persiapan raya kami sekeluarga, semuanya dah complete.. Alhamdulillah dengan rezeki ALLAH buat kami.. dapat berbelanja untuk raya kami.. tahun ni macam biasa la bersederhana saja.. yang penting keperluan anak semua lengkap.. mommy lebih teruja untuk berbelanja untuk anak.. berbelanja untuk diri sendiri biasa-biasa je.. sama jugak dengan Mr.HUBBY.. anak diutamakan.. hehehe.. paling best bila tengok muka Ajeeq bila dapat baju baru.. perangai keciwi menurun dari mommy.. hehehehe..





sampin Ajeeq.. baju melayu tak amik dr tailor lagi.. kami berkelabu raya ni..

Lain-lain persiapan pun Alhamdulillah.. especially kuih raya.. hehehehe.. ofkos la kena beli.. kang ada kawan-kawan yang datang rumah sekembalinya mommy dari kampung, tak de nak jamu apa pulak.. hehehe.. kawan-kawan Mr.HUBBY yang datang.. so ada la juadah sikit sebanyak untuk tetamu kami.. hehehe.. seperti tahun-tahun lepas, tak de la buat open house, tapi kalau ada kawan-kawan yang nak datang, mommy akan rajin untuk memasak.. heheheehe..


officemate belanja biskut ni..
bekas kuih.. dah keluarkan dari almari

baru beli sebab nak buat bekas nasi impit, kuah kacang.. giant buat promosi 1 set ni rm5.. so mommy amik sampai 4 set.. hehehehe..
So dikesempatan ni, nak terus ucap selamat hari raya.. kot-kot pasni dah busy tak sempat nak update diary kesayangan mommy ni.. hehehehe..


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Dari kami sekeluarga
Ezzad & Sharifah & Hazeeq

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...