Thursday, August 22, 2013

::THE CONJURING vs PIZZA HUT::

Salam petang untuk anda semuaaaaa.. sihat ke semuanyaaaa?? cewaahhh, bajet cam ramai sangat followers yang duk baca.. hehehe.. tak kisah la, yang duk skodeng-skodeng diary mommy ni pun mommy tak kisah.. i suka tau.. heheheehe.. hari ni nak mengisahkan aktiviti dengan Mr.HUBBY kesayangan mommy tu la.. melakukan sesuatu aktiviti yang kami suka lakukan, tapi sekarang ni jarang-jarang dapat melakukannya.. disebabkan budak kecik yang nama Ajeeq tu.. hehehehe.

Ape aktiviti tu?? apa lagiii.. tengok wayang la.. kesukaan mommy dengan Mr.HUBBY ni.. kalau ada cerita yang best, ada masa kelapangan kami.. tentulah kami akan tengok wayang.. last tengok filem Iron Man 3 rasanya.. dah berkurun tu.. ok, macam tajuk yang diberikan, kali ni tentulah kami tengok The Conjuring.. filem thriller seram yang sedang hangat-hangat meletop tu.. dah ramai kengkawan yang tengok, so tak boleh lepaskan peluang ni.. heheheehe..

Ape lagi, destinasi kami Jusco Kinta City.. memula pergi, cam blur-blur.. tak tau nak tengok citer ape sebenarnya.. ingatkan nak tengok Adnan Sempit 3, tapi fikir-fikir cam rugi je.. hehehehe.. so terus cakap dengan Mr.HUBBY tengok The Conjuring la.. lagipun masa kami sampai tu elok-elok je movie tu start.. Mr.HUBBY pun ok je, then terus mommy beli tiket, Mr.HUBBY beli popcorn.. masuk dalam pun, movie tak start lgi.. still duk iklan ni.. 



Movie ni adalah daripada kisah benar kejadian tahun 1971 kalau tak silap mommy.. serius memang takut giler.. huhuhu.. memula dah separuh jalan cerita tu, mommy dah ajak Mr.HUBBY keluar, tapi Mr.HUBBY tak nak, nak tengok sampai habis katanya.. sebab movie ni best.. huhuhuhu.. so mommy lebih banyak letakkan muka kat bahu Mr.HUBBY.. tak berani langsung nak tengok skrin.. hehehee.. takut sungguh la.. walaupun tak tengok, tapi terkejut jugak.. huhuhuhu.. menjerit-jerit dalam tu.. bukan kata mommy je ye, orang lain pun terjerit jugak..

Tapi jalan cerita memang best, sebab berdasarkan cerita sebenar.. so kita tak rasa cam rekaan la.. then lakonan diorang pun mantap-mantap.. huhuuhuhu.. patut la kengkawan yang mana dah tengok movie ni semua cakap best.. memang best, walaupun takut.. huhuhuhuhu..

Then lepas selesai movie, kami makan.. ni satu lagi aktiviti yang mommy suka bila dengan Mr.HUBBY.. huhuhuhu.. Mr.HUBBY pulak jenis layankan je tekak bini ni.. so maunya badan bini dah macam dipam-pam je.. heheheehe.. jom layan gambar je.. huhuhuhuhu.. kami makan-makan sampai perut kenyang, padat, sendat.. hehehehe..











Alhamdulillah kenyang dengan rezeki dari ALLAH.. Syukur..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...