Friday, August 16, 2013

::BUKAN REZEKI K.A.M.I::

Salam semua.. petang-petang Jumaat ni, esok dah cuti.. Legaaaa, mommy paling suka hari Jumaat.. hehehehe.. best sebab esoknya sabtu ahad dah cuti.. boleh golek-golek atas katil bangun lewat, boleh mengadap muka Ajeeq dari dia bangun sampai la dia tidur balik malam tu.. hehehehe..

Ok dah sikit-sikit je pembuka bicara.. huhuhu.. entry blog ni nak menceritakan kisah duka kami.. huhuhu.. blog ni kan umpama tempat luahan mommy berkongsi suka dan duka dalam meniti kehidupan ni.. dalam entry sebelum ni pun mommy ada bagi hint-hint.. tapi nak mula bercerita tu makan masa sikit.. nak menaip.. huhuhuhuhu..

Ramai kawan-kawan bloggers yang mana follow mommy dah tau yang sebelum ni mommy pernah bercerita tentang Teratak Cinta mommy.. rumah yang dibeli oleh Mr.HUBBY.. tapi sayang, jodoh kami dengan rumah tu tak panjang.. memang betul, kita hanya mampu merancang, tapi ALLAH jua yang menentukan segala-galanya.. kalau ikutkan kecewa, memang la kecewa.. tapi apakan daya, takdir ALLAH yang patut kami akur..

Sehari sebelum raya Mr.HUBBY call.. masa tu mommy di kampung, rumah Pn. Bonda.. Mr.HUBBY cakap pemaju call cakap diorang terpaksa cancel rumah yang kami booking tu.. alasan yang diberikan sebab pemaju ada masalah dengan tuan tanah.. so terpaksa redha la dengan keputusan tu.. walaupun kecewa yang teramat.. sebab banyak yang dah kami plan kan untuk rumah tu.. duit booking dah, permohonan pinjaman perumahan kerajaan pun dah lulus, perjanjian jualbeli rumah dengan pejabat peguam pun dah selesai ditandatangani, dah disiap bayar lagi cas peguam.. huhuhuhu.. tinggal tunggu rumah siap je.. maunya la kami tak frust..

Tapi kami cuba untuk tak berputus asa, cuba untuk berfikiran positif diatas semua yang terjadi ni.. nasihat untuk Mr.HUBBY dan nasihat untuk diri sendiri.. mungkin ALLAH dah tetapkan rezeki rumah lain untuk kami sekeluarga.. ALLAH nak supaya kami terus berusaha dan berusaha, tidak berputus asa dalam usaha kami untuk memiliki rumah kami sendiri.. Aminnn..

* Alhamdulillah pemaju bayar balik segala setiap sen yang telah kami keluarkan.. duit booking dan duit peguam.. kemudian kami turut diberi pampasan kerana pihak pemaju yang terpaksa membatalkan pembelian rumah tersebut.. Moga ada rezeki yang lain untuk kami sekeluarga..

2 comments:

  1. Ada hikmahNya tu. InsyaAllah rumah yg awak dpt lepas ni lebih baik drp yg itu (^^,)v

    ReplyDelete
  2. Sabaq yer Pah.. bab rumah ni kita kena banyak sabar..bukan senang nak dapat rumah betoi2 idaman like akak.. kak pun umur 30 baru dapat rumah yang betoi2 kak suka.. jangan terburu2 ok bab rumah ni..slow pilih,pkkan sebab rumah tu t tua2 panjang umur kita nak duduk kan..
    Ada hikmahnya.. pas ni pah akan dapat lagi ok dari yang terlepas tu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...