Friday, February 8, 2013

::TAKZIAH UNTUK ADIK AHMAD ADAM::


Salam pagi Jumaat buat semua.. pagi ni rasa damai betul.. dengan jalan yang lengang sepanjang perjalanan datang ke pejabat.. mungkin ramai yang dah start bercuti sempena cuti umum Tahun Baru Cina ni.. dan pagi ni, sungguh mommy terkejut bila tengok tv ada ada berita tentang kematian Adik Ahmad Adam Syukri.. pastinya ramai yang dah tahu pasal Adik Adam ni kan..

Kisah Adik Adam ni banyak dapat liputan dari stesyen tv.. dulu pun dah pernah masuk ruangan Malaysia Hari Ini, dan menerusi Malaysia Hari Ini juga mommy tahu tentang kematian Adik Adam ni.. Innalillah.. pagi tadi macam biasa mommy bersiap-siap nak ke pejabat, tengok-tengok anakanda mommy dah bangun.. bangun je terus cakap nak peluk mommy.. manjanya Ajeeq mommy tu..:).. then mommy dukung turun bawah letakkan Ajeeq atas sofa.. Ajeeq minta mommy bukakan Upin Ipin, sambil pegang remote tv nak bagi mommy.. 

Bila mommy on je tv, kebetulan TV3 tengah siarkan tentang pengkebumian Adik Adam.. Ya ALLAH, telah sampai ajalmu sayang.. ini adalah kali ketiga airmata mommy menitis kerana insan kecil yang bernama Ahmad Adam.. walaupun mommy tak kenal, dan walaupun jarak mommy dengan Adam jauh, beratus batu.. namun terasa dekat sangat dengan insan kecil tu.. sejak mommy tahu tentang penderitaan Adam, memang mommy follow perkembangan Adam..

Dan tak sangka hari ni, selepas setahun lebih Adam berjuang untuk hidup, akhirnya Adam pergi juga mengadap Ilahi.. dari-Nya kita datang, dan kepada-Nya kita pergi.. lepas tengok berita tentang Adam, terus mommy peluk Ajeeq.. anak yang mommy sayang.. Ya ALLAH, kalau mommy, tak sanggup nak hadapi dugaan yang sebegitu besar.. nak berjauhan dengan anak pun mommy tak sanggup, apatah lagi nak kehilangan anak.. 

Untuk Adam, moga tenang disana wahai ahli syurga.. berbahagialah kamu dalam jagaan Nabi Ibrahim A.S disana.. kelak kamu yang akan menjadi penyelamat kedua ibu dan bapamu.. Al-Fatihah untukmu sayang..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...