Monday, February 18, 2013

::PERASMIAN UTC, IPOH::

ehsan google..
Ini pun cerita rewind.. kejadian pada hari Jumaat lepas. Majlis Perasmian UTC, Ipoh.. pada yang tak tau, UTC tu singkata daripada Pusat Transformasi Bandar.. UTC Ipoh ini adalah yang ketiga selepas Melaka dan Puduraya.. dekat sini, dihimpunkan semua pejabat-pejabat kerajaan ditengah-tengah Bandaraya Ipoh di Bangunan Super Kinta.. operasinya pulak 8.00 pagi hingga 10.00 malam.. hmmmmm.. dan mommy juga tak terkecuali untuk bertugas.. huhuhuhu.. nasib baik sebulan 1 kali je bertugas sini..

Jumaat lepas, perasmian oleh Perdana Menteri Malaysia.. Y.A.B Datuk Seri Naib Tun Abdul Razak.. so berpeluang la mommy nampak PM dari arah dekat.. depan-depan.. dan Boss pulak namakan mommy untuk bertugas di kaunter pejabat with kawan baik mommy merangkap my officemate..:) Dayang, Anne dan K.Linda.. terima kasih la Boss ye sebab mengiktirafkan kami yang putih-putih ni suruh duk depan.. walaupun dah jadi mak teruna.. hehehehe..huhuhuhuhu..












Punya la ramai orang dalam pejabat KPWKM ni.. hmmmm.. sampai sesak.. sakit kepala pun ada bila tengok orang ramai sangat ni.. hmmmm.. 

So bila PM dah balik, baru la lega rasanya.. orang pun dah tak ramai macam tadi.. then sempat jugak pergi Kedai Buku 1 Malaysia.. jom tengok buku apa yang dibeli..

akhirnya dapat juga memiliki buku ni.. bestt..
tak beli pun, ambil gambar je..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...