Thursday, September 13, 2012

::KHENG SOM BY MOMMY::


 Ermmmm, terliur pulak bila tengok gambar ni..salah satu menu kegemaran mommy..:).." kheng som "..ataupun dalam bahasa melayunya adalah asam pedas..slurrrpppppp..dah lama teringin ni, memang kena buat jugak la..sekarang ni bila dah kawen dan jauh dari Pn.Bonda, kalau teringin memang kena masak sendiri la..:)..huhuhuuhu..

Semalam, lepas habis seminar, terus ajak Mr.HUBBY shopping barang basah di Mydin Manjoi.. mau beli barang basah nak masak asam pedas..:)..kali ni nak try wat asam pedas siakap..tapi asam pedas siam la ye..hehehe..di tambah pulak dengan kangkung or nenas ke..memang marveles la..tapi mommy paling suka letak keladi..uuiii, sangat meletop.. mula-mula ingat nak letak kangkung + nenas.. tapi memandangkan menu sebelum ni dah makan nenas, iaitu masak lemak ikan cencaru + nenas..so tak jadi la nak letak nenas dalam asam pedas..just letak kangkung je..:)..

Sebelum start masak memasak ni pun mommy siap call Pn.Bonda sekali lagi untuk comfirmkan balik resepi ni..hehehee..nampak sangat yang selama ni tak tau memasak..tapi memang diakui la..lepas kawen ni je baru mommy start belajar untuk memasak..:)..Alhamdulillah, memang menjadi la walaupun baru 1st time masak ni..hhehehe..:)..dengan masamnya, dengan pedasnya..dengan cukup rasa manis dan masinnya..perggggghhh, rasa cam nak balik lunch jap lagi kat rumah je..huhuhuhu..:)..

Just nak share resepi kheng som ni..:)..

Bahan-bahan diblender
 
2 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
10 biji cili padi merah
2 inci serai
1 inci kunyit hidup
belacan
2 keping asam keping
air asam jawa
garam
gula
ikan siakap saiz kecil

Cara - cara

Rebus air dalam periuk dengan bahan-bahan yang dah diblender tadi.. then masukkan asam keping dan juga air asam jawa. then garam, gula. dekat sini pandai-pandai la ejas rasa ye..ikut kesukaan masing-masing.. then bila dah mendidih baru masukkan ikan.. tthen last sekali masukkan kangkung..:)..then bila kangkung dah layu, tutupkan api..yeaayyy, dah masak..senang je kan..:)..selamat mencuba la pada yang nak try rasa asam pedas siam ni..:)..

2 comments:

  1. kena belajar nie hahah siam punye asam pedas walau x makan asam pedas :)

    ReplyDelete
  2. Like...(memandangkan xde button like) hikhik...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...