Salam petang buat semua..
Petang ni just nak share satu cerita dari seorang kawan mommy..:)..kawan yang mommy selalu dengar luahan hatinya tentang insan yang bergelar ibu mertua..ibu kepada suami yang dicintai oleh teman tersebut..hmmmm, berat rasanya dugaan buat teman mommy ni.. kalau mommy, tak sanggup nak berada ditempat yang diduduki oleh teman itu sekarang ni..tapi teman ini sangat la tabah dalam menghadapi dugaan dengan insan yang bergelar ibu mertua..
Mommy hanya mampu mendengar segala masalah dia, dan berdoa supaya Allah makbulkan doa teman ini agar ibu mertua menerima dia seadanya..tidak lagi membuatkan teman mommy ni berdukacita bila balik ke kampung suaminya..mommy pun tak tau dimana silapnya teman mommy ni.. mungkin kerana teman mommy ni just sekolah sampai SPM dan seorang suri rumah sepenuh masa.. berbanding dengan menantu-menantu yang lain yang belajar hingga ke universiti, bekerja di sektor kerajaan dan swasta..
Tapi mommy rasa itu bukan penyebab untuk ibu mertua memerli, menyindir dan membuatkan teman mommy ni terasa hati sentiasa.. teman ni hanya berdiam diri, langsung tidak diluahkan, apatah lagi nak luahkan perasaan dengan suami, pastinya teman ini tak nak bergaduh dengan suaminya..so mommy akan cuba menjadi teman yang terbaik untuk mendengar masalah dia..hmmmmm..
* pernah sekali teman ini ceritakan pada mommy, ibu mertua menyindir teman ini dengan mengatakan teman ini hanya pandai menghabiskan duit anaknaya yakni suami teman ini..gara-gara suami teman ini menghadiahkan rantai tangan emas buat teman ini sempena ulangtahun perkahwinan mereka..sampaikan teman ini mengambil tindakan tidak memakai barang-barang kemas kalau nak balik ke rumah ibu mertuanya..kadang-kadang dari segi pakaian teman ini pun boleh diperkatakan..ibu mertua mendakwa teman ini beli baju mahal-mahal..tidak kira baju buat diri sendiri atau baju anak-anak, mula la si ibu mertua sindir dengan menyatakan timan ini nak menghabiskan duit anak lelakinya..Astagfirullahalazim.. bukankah itu memang itu tanggungjawab seorang suami menyediakan makan, minum, pakaian buat isteri dan anak-anaknya..
Dan bila hari raya menjelma, lagi la..raya ke 3 or ke 4 baru dapat balik ke rumah mak dan ayah teman ni..hmmmm..suaminya pulak terpaksa ikut kehendak dan cakap ibu, takut jadi anak derhaka pulak katanya..mommy rasa sepatutnya suami teman ni kena berani untuk buat keputusan, berlaku adil terhadap isteri..dan pada ibu mertua teman ini, insaf-insaf la..perempuan yang selalu disindir dan diperli itu adalah isteri kepada anak lelakinya dan ibu kepada cucu-cucunya..bayangkan lah pulak kalau anak perempuan kita yang diperlakukan sebegitu..
Disamping cerita yang diluahkan cerita teman ini, mommy bersyukur mommy tidak dikurniakan ibu mertua yang begitu..heheheh..bertuah dapat ibu mertua yang baik, sporting dan sayangkan mommy seperti anak sendiri. tapi kita sebagai manusia, kadangkala melakukan kesilapan samaada yang sengaja atau tidak sengaja..mommy selalu ingat pesan mak, jangan sampai suami jadi anak derhaka disebabkan kita nak suami melebih-lebihkan kita..hmmmm..walaupun seburuk pun ibu mertua, dialah jugak yang melahirkan suami kita, membesarkan suami yang kita sayang tu..dan suami kita jadi seorang suami dan ayah yang baik dan bertanggungjawab juga hasil didikan dari ibu mertua kita..dan yang paling penting syurga suami kita terletak ditelapak kaki ibunya..
No comments:
Post a Comment