Friday, April 27, 2012

::LUNCH @ JOHNNY's::

Salam jumaat buat semua.. hari ni nak share entry sy dan offimate yang lain makan steamboat untuk lunch kami..:)..dan pilihan kami adalah Restoran Johnny's yang terletak di Jusco Kinta City..dah lama rasanya kami plan nak makan steamboat ni..start dari hari Isnin kalau tak salah..:)..memandangkan jumaat kan rehat panjang, so memang hari ni la yang kami pilih..dan sy pulak dah maklum awal dekat Mr.HUBBY tak balik rumah tengahari ni sebab nak berjimba dengan kawan-kawan pejabat..:)..sy + Dayang + K.Nora + Ina + K.Linda..

Dan hari ini dalam sejarah sy drive kereta Alza..huhuhu..milik K.Nora..sungguh mendebarkan..rasa macam baru 1st time nak bawa kereta..ye la, kereta orang kan, tahap kerisauan tu tinggi sungguh..:)..tapi Alhamdulillah selamat pergi dan balik..:)..lepas makan, jenjalan dalam Jusco, then ternampak ada 1 pasang kasut Vincci yang sangat cantekk..sy sukaa!!!..tapi kalau nak beli kena pergi dengan Mr.HUBBY..boleh guna duit Mr.HUBBY untuk beli..hehehe..then singgah Secret Recipe sebab mengikut selera ibu mengandung nak makan kek Secret Recipe..dah tu nafsu ni tak boleh ditahan, bila tengok kek je, terus wat keputusan nak jugak la kek Secret Recipe..:)..lunch ni kami makan sampai kenyang dan sengkak..:)

k.nora + ina
me + dayang + k.linda






lod chong for desert
bila dah selesai makan, disitu lah tempatnya..huhuhu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...