Sunday, April 29, 2012

::REWARD AFTER PAYDAY::

ALHAMDULILLAH, bersyukur sangat dengan rezeki yang ALLAH turunkan buat kami suami isteri..kenaikkan gaji sebagai kakitangan kerajaan cukup membuatkan sy dan Mr.HUBBY tersenyum simpul..hehehe..ye la, bulan ni dapat tunggakan start dari bulan Januari..sape la yang tak suka kan..Terima Kasih Ya ALLAH di atas limpahan rezeki yang Engkau turunkan buat kami..dan bagi sy, ada insan lain yang jugak tumpang gembira dengan berita ini, dah tentunya bonda sy di kampung..pastinya bila gaji dah naik, sumbangan buat bonda tercinta juga akan makin bertambah..sekali lagi bersyukur, moga berkat rezeki ini buat kami semua..

Dan bersempena dengan gaji ini, sy dan Mr.HUBBY nak bershopping, membeli sesuatu buat kami sekeluarga..termasuk Anugerah Terindah kami..pastinya ada sesuatu buat Lil Hazeeq..bagi sy, sy suka membeli sesuatu untuk diri kami, then kami akan ingat kembali kami membeli benda itu sempena ape..:)..dan destinasi kami untuk membeli belah ini ialah AEON Stesyen 18..kami pergi pada hari Jumaat yang lepas, kebetulan Mr.DADDY tak kerja malam, so memang best la berjalan-jalan..sebabnya tak perlu nak balik awal, then lepas penat bershopping, boleh terus rest semalaman..

Lil Hazeeq pulak sangat happy dapat berjenjalan, suka sangat bila tengok Lil Hazeeq happy..:)..jom kita bershopping..:)..








vincci shoes for mommy
giodarno shirt for daddy
scarlet shirt for mommy
baby kiko for baby ajeeq
shirt for ajeeq again

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...