Tuesday, February 14, 2012

::TERATAK CINTA K.A.M.I::





ALHAMDULILLAH..sememangnya sy bersyukur kepada Ilahi..hasrat dan impian kami untuk memiliki rumah tersendiri dah hampir tercapai dan menuju ke arah itu..memang sangat-sangat bersyukur..doa sy, semoga ALLAH mempermudahkan urusan dan segala-galanya seperti yang dirancangkan..

Sebelum ini kami hanya menyervey sahaja rumah-rumah..tapi kali ni kami memang nekad membeli sebab fikirkan panjang kehadapan..harga rumah sekarang semakin lama semakin meningkat..kalau kami still duk tangguh lagi urusan pembelian rumah ni, mungkin nanti kami terpaksa membeli dengan harga 2x ganda dari harga sekarang..

Semalam, baru selesai urusan pertama kami..iaitu membooking rumah dan bayar deposit..rumah yang terletak di Taman Meru Perdana, Jelapang, Ipoh..sengaja sy dan Mr.HUBBY beli rumah disini..untuk hari tua kami kelak..walaupun tidak sebesar rumah orang lain, tapi kami berpuas hati dengan rezeki kami..rumah itu akan dijadikan tempat untuk kehidupan kami suami isteri dalam membesarkan anak-anak hasil cahaya cinta kami..rumah yang kami namakan sebagai ''Teratak Cinta''..rumah yang bakal menjadi saksi putaran kehidupan kami sekeluarga..didalamnya tercoret suka dan duka kami..

InsyaALLAH mohon ALLAH S.W.T mempermudahkan segalanya..aminn..

1 comment:

  1. betul tu..rumah makin lama makin naik harga.. selamat ada rumah sendiri!! nti bleh share citer make-up rumah plak.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...