Sunday, February 5, 2012

::BERSALAH KAH AKU??::


Hmmm,..sangat susah untuk menjawab pertanyaan ni..aku ke yang bersalah??disaat ada insan lain yang kecewa dengan ku??merajuk denganku??tapi aku jugak punya perasaan..punya keinginan..cuma apa yang aku perlukan adalah semoga engkau juga akan memahamiku..aku juga punya insan-insan yang menyayangiku..seperti jugak kamu..yang sentiasa mahukan kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidupmu..

Aku tahu, aku tak mampu untuk berkata-kata..malah aku tak berhak pun..tapi aku jugak punya hati..seperti kalian..janganlah aku didesak, diperlakukan seperti itu..dan andainya engkau juga berada ditempatku, pasti engkau juga akan rasa perasaan ku ini..niatku cuma satu, agar aku sentiasa disayangi oleh insan-insan yang aku cintai..janganlah buat sehingga aku berasa jauh darimu..

Janganlah engkau buat aku terasa begitu rendah dan tidak layak untuk bersama dengan insan-insan disekelilingku..aku tahu, dia sedaya upaya mahu berlaku adil, tapi adakah itu masih tak mampu untuk puaskan hati kalian..dia juga mahu membuat keputusannya sendiri..sama seperti insan lain..aku harap engkau akan membiarkan kami hidup dengan percaturan kami sendiri..

Kini kami perlu lebih memahami, perlu lebih untuk saling melengkapi antara satu sama..itulah lumrah kami sebagai suami isteri..dan kini kami memikul amanah dan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa..semoga aku tabah menempuhi dunia yang semakin mencabar ini..penuh dengan cabaran menentang naluri dan perasaan..

Dan pada si dia, kamu adalah tempat aku meluahkan segala resahku..bahumu adalah tempat aku merembeskan deritaku..segalanya yang terjadi akan aku ceritakan padamu agar kau tahu gelora hatiku ..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...