Friday, June 17, 2011

::PENANTIAN ITU SATU PENYEKSAAN::

Sesuai sangat la dengan tajuk tu ha..PENANTIAN ITU MEMANG SATU PENYEKSAAN..dah 2 hari sy asyik menunggu je bila la Pengarah nak maklumkan tentang penempatan sy ni..hmmmm, lamanya la..Mr.HUBBY pulak selalu tanya bila la nak tau ni sy nk dapat penempatan dekat mana..tapi yang pasti kami hanya mampu berdoa yang sy ditempatkan di sini jugak..

Semalam merupakan hari kedua sy di JKMN Perak..dah boleh menyesuaikan diri sikit-sikit dengan staff disini..tapi yang sebahagian dengan sy je la..yang lain-lain belum lagi bersembang-sembang..cuma dengan sorang PT dari bahagian kewangan yang rajin sangat turun ke bawah ni untuk bersembang dan berjalan-jalan..boring agaknya kat aras 1 tu agaknya..

Dan semalam sy lunch bersama-sama dengan Mr.HUBBY tersayang di Kantin IPD Ipoh..Mr.HUBBY pun habis kerja pukul 1 tengahari, jadi elok la k.a.m.i lunch sesama sebelum Mr.HUBBY balik rumah..dan yang paling bestnya sebelum Mr.HUBBY pegi kerja pagi tadi, sempat jugak Mr.HUBBY masakkan air untuk mandian sy..hehehee..so sweett..Mr.HUBBY yang tak pernah lupa dengan tanggungjawabnya..:)

Hari ni hari Jumaat penghulu segala hari..semoga berita yang ditunggukan selama 2 hari ni merupakan berita yang menggembirakan sempena hari jumaat ni..:)..diakhir setiap solat pasti sy akan memohon kepada Yang Maha Esa supaya memakbulkan doa sy yang satu ini..AMINNNNNN...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...