Thursday, June 16, 2011

1st DAY @ JKMN Perak::

Cerita Rewind..

Semalam 15 Jun 2011, adalah tarikh untuk sy melapor diri di JKMN Perak..mengikut surat yang dihantar oleh pihak Ibu Pejabat JKMM kepada sy mengenai pertukaran sy tu..dan semalam, sy tak boleh nak tidur sangat sebab asyik berfikir je dimana la sy nak ditempatkan..tak nak jauh-jauh dengan Mr.HUBBY..nanti lagi susah jadinya..berdoa je sy siang dan malam..tidur pun asyik terjaga je..tak nyenyak sugguh tidur malam sy..hmmmm..

Dan paginya dengan penuh semangat sy terjaga pukul 6.20pg sebab dah kunci jam..hehehehe..kalau tak kunci jam, tak de hari la sy nak terjaga..dan hari ini Mr.HUBBY pulak kerja pukul 1 tengahari..dan Mr.HUBBY jugak dah bagitahu yang Mr.HUBBY nak eskot sy masa sy drive..hehehe.." B nak pastikan syg selamat sampai kat JKM tu "..huhuhuhu..kembang je sy dengar bila Mr.HUBBY cakap camtu..hehehehe..

Tapi yang bestnya pagi ni Mr.HUBBY tolong masakkan air panas untuk sy dan Lil HERO mandi..hehehehe..ye la, rumah kami ni sejuk sangat airnya kalau pagi-pagi..huhuhuhu..dan bila sejuk, Lil HERO akan buat mengeras je dalam perut..pagi ni sy dan Mr.HUBBY bertolak awal dari rumah..risau kalau sampai lewat sebab sy pun tak biasa lagi dengan kesesakan jalan di Ipoh ni bila awal pagi..dan Mr.HUBBY jugak tolong belikan breakfast untuk sy pagi ni..so cute la PAPA busyuk tu..:)..thats why i love him so much..

Sampai di pejabat JKMN Perak, sy diminta untuk melapor diri dengan Timbalan Pengarah sebab Pengarah tak de..jadi penempatan sy masih lagi belum diketahui statusnya sebab ketiadaan Pengarah..sy berharap sangat yang sy akan ditempatkan disini memandangkan di pejabat ni pun masih ada 2 lagi kekosongan jawatan sy ni..

Hari pertama sy ni tak de buat pape pun..just berkenalan dengan staf-staf sini..kebanyakkannya semua murah dengan senyuman dan ramah-ramah..:)..cuma ada 2 or 3 orang yang sedikit sombong..biar la, tak kemana sombong dioarang tu..dan baca maklumat mengenai OKU..dapat la menambahkan serba sedikit ilmu berkaitan OKU ni..

Sy berharap hari ni merupakan permulaan hari yang baik untuk sy terus bekerja di sini..dan berdoa sentiasa agar Pengarah menempatkan sy disini..sy tak nak keluar dari daerah Ipoh..AMINNNNN..dan waktu balik dari ofis, dengan keadaan hujan yang turun, sy berjaya menempuhi kesesakkan kenderaan dan sampai rumah dengan selamat..hihihi..:)..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...