Thursday, June 23, 2011

::DEBARAN YANG KIAN TERASA::

dup, dup, dup, dup..setiap masa dan ketika pasti debaran tu akan terasa..huhuhuhu..tambah-tambah bila jarum jam pulak sentiasa bergerak tanpa henti menuju ke satu tarikh yang pasti..dan yang pastinya sy kena menghadapi saat itu..berbekalkan cerita dan pengalaman insan-insan disekeliling yang murah hati menceritakan pengalaman masing-masing..hmmmm..camane la agaknya sy akan menempuh detik-detik cemas itu..

Mr.HUBBY pulak akan mengambil peranan untuk metenteramkan hati sy..segala nasihat dan pujukan diberikan tanpa kenal erti jemu..walaupun ayat yang sama keluar dari mulut Mr.HUBBY..ye, terima kasih s.u.a.m.i atas semua kata-kata semangat yang keluar ikhlas dari mulutmu itu..hanya untuk menenangkan hati seorang isteri..yang akan berjuang untuk memberikan zuriat buat s.u.a.m.i yang tercinta..

Dan sekarang, setiap langkah yang diatur, pasti sy akan lebih berhati-hati..agar semuanya selamat menuju ke tarikh yang satu itu..yang tidak dijangka sampainya bila..hanya yang sy mampu adalah menunggu, menunggu dan terus ,menunggu..:)..tapi yang pasti, tarikh itu dah semakin menghampiri kini..hanya doa yang mampu dipohon daripada Yang Maha Esa agar dipermudahkan dan selamat semuanya..

Segala persiapan telah disiapkan untuk menyambut kelahiran cahaya cinta sy bersama Mr.HUBBY..dan cahaya cinta ini jugak ditunggu-tunggukan oleh semua ahli keluarga sebelah sy mahupun sebelah Mr.HUBBY..dan yang kelakarnya adalah s.u.a.m.i sy yang tercinta tu, setiap kali kalau sy call Mr.HUBBY, dan soalan pertama yang keluar dari mulut Mr.HUBBY adalah " nape syg??syg dah sakit nak bersalin ke??"..hehehehe..itulah soalannya..panik s.u.a.m.i sy tu..x pe la Mr.HUBBY, kita sama-sama menunggu kelahiran cahaya cinta ni, dan yang pastinya debaran tu akan kekal bersama-sama kita hingga la saat itu tiba..:)..

1 comment:

  1. Heee memang bdebar2 bila masanya bila2 aje..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...