Wednesday, July 6, 2011

::LAHIRNYA Lil HERO::

30 Jun 2011..

Itulah tarikhnya kesakitan itu bermula..

2.30 pg :
Sy terjaga dari tidur kerasa rasa macam senak perut..hingga pukul 3.00 pun sy still tak boleh lagi untuk sambung tidur..then kejutkan Mr.HUBBY cakap sy cam senak perut..tapi datangnya dalam 1 minit then hilang..then after 5 rasa senak tu datang balik..kali ni ditambah pulak dengan rasa sakit macam senggugut dan sakit pinggang..Mr.HUBBY terus call gitau MY GORGOUS MOM IN LAW..Ibu cakap tunggu kejap lagi, kalau sakitnya datang lagi, tanda la tu..ye, selang 5 minit sakit tu datang lagi..

3.15 pg :
Sy dan Mr.HUBBY terus ke Wad Bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun..tak nak tunggu lama-lama takut sy dah betul-betul nak bersalin..sampai nurse terus check jantung Lil HERO..then jumpa ngan doctor yang bertugas..doc pun menjalankan pemeriksaan, dan pintu rahim sy baru terbuka 1 cm..then doc bagi sy balik rumah dulu, kalau sakitnya makin perit or turun tanda terus datang Labour Room..

2.30 ptg :
Terus ke Labour Room sebab sakitnya dah semakin perit..then ada keluar cecair pulak..Ibu suruh terus ke hospital..doc terus buat pemeriksaan tengok dah terbuka 3cm..then masa doc tengah nak wat check bukaan tu, doc dah terpecahkan air ketuban..terus sy diminta masuk ke Labour Room..while Mr.HUBBY pulak menunggu ke dekat luar..dengan barang-barang Lil HERO..

5.00 ptg :
Sakitnya semakin perit..hanya ALLAH je yang tau sakitnya..macam tak tahan sangat..sy disyorkan untuk cucuk sejenis ubat tahan sakit iaitu epidural..terus sy setuju je sebab dah tak tahan sakitnya..masa ni Mr.HUBBY still lagi menunggu di ruang menunggu..

7.00 ptg :
Keperitan itu semakin terasa..setiap kiraan 10 minit sakit itu akan datang sebanyak 3 kali..tapi sakitnya berkurang sebab sy dah dicucuk dengan ubat tahan sakit..Mr.HUBBY pulak diminta untuk temankan sy..dan Mr.HUBBY dengan setianya menemani sy dengan kesakitan yang tak tertanggung ni rasanya..bukaan still lagi 3cm..

11.00 mlm :
Lamanya la sy rasa menahan sakit ni..waktu ni hanya ingatkan ALLAH saja..hanya kalimah ALLAH je yang mampu keluar dari mulut ni..beristigfar dan mengucap dua kalimah syahadah..sy tengok muka Mr.HUBBY tenang tapi sy tau dia begitu risaukan sy..dan Mr.HUBBY memujuk sy dengan kata-kata semangat untuk sy lahirkan Lil HERO kami..

11.45 mlm :
Bukaan baru 5cm..namun air ketuban sy telah abis semuanya..doc tambahkan ubat untuk kuatkan contraction supaya pintu rajim sy cepat terbuka..namun jantung Lil HERO pulak tak OK..degupan jantungnya tak sama dengan contraction..doc terus buat keputusan supaya sy dibedah untuk cepatkan keluarkan Lil HERO..maybe Lil HERO stress inside..

12.00 mlm :
sy ditolak de dewan bedah sambil ditemani Mr.HUBBY tercinta..namun Mr.HUBBY tak boleh nk temankan sy ketika pembedahan dilakukan..sampai dipintu dewan bedah, sy mencium tangan Mr.HUBBY..memohon supaya pembedahan ni berjaya, sy dan Lil HERO selamat semuanya..mohon Mr.HUBBY maafkan sy, halalkan makan minum sy sepanjang sy menjadi isteri kepada Mr.HUBBY.." ye sayang, B maafkan syg, B halalkan makan minum sayang..B doakan sayang dan anak kita selamat "..

12.05 pg :
Sy berada dalam dewan bedah..Ya ALLAH sejuknya..habis menggigil seluruh badan..tak tahan rasanya dengan kesejukkan ni..ditambahkan pulak dengan kesakitan..doc menambahkan dos ubat tahan sakit dan dicucuk di belakang sy..bila doc memulakan proses pembedahan tu, sy rasa sakit sangat..then doc tambah lagi dos ubat tahan sakit..sy just bius separuh badan saja sebab kaki sy bengkak..doc tak nak biuskan semua takutkan saluran pernafasan sy jugak bengkak..bila ubat tahan sakit tu tetap tak boleh nak menahan sakit dibedah, sy diminta untuk sedut oksigen yang mengandungi ubat tahan sakit jugak..mula-mula sedut, rasa macam nak termuntah, namun bila fikirkan sy perlu kuat untuk Lil HERO terus je sy sedut oksigen tu tanpa henti..then dah tak ingat pape dah rasanya..macam nak putus nyawa..maybe sy tak dapat nak merasa sakit untuk bersalin normal namun ALLAH bagi jugak sy rasa sakit kena bedah..

12.21 pg :
Tiba-tiba dalam keadaan yang tak bermaya sy terdengar suara tangisan Lil HERO..masa tu baru sy kuatkan semnagat untuk jaga bila dengan Lil HERO menangis..ALHAMDULILLAH selamat Lil HERO sy..hanya airmata je yang mampu keluar..bersyukur kepada ALLAH S.W.T..then nurse bawakan Lil HERO di tepi sy.." puan dapat anak ape ni??"..dengan lemahnya sy menjawab " anak lelaki "..then nurse bagi sy cium Lil HERO sebelum Lil HERO dibawa untuk dibersihkan..sekali lagi air mata sy mengalir dengan lajunya..cahaya cinta sy bersama Mr.HUBBY kini lahir ke dunia dengan selamat..

1.00 pg :
Setelah selesai semuanya sy ditolak keluar dari dewan bedah untuk dihantar ke wad..Mr.HUBBY mengiringi sy dan Lil HERO untuk dimasukkan ke dalam wad..masa ni sy rasa cam penat sangat..nak tidur rasanya..sampai je di wad, Mr.HUBBY terus azankan Lil HERO tercinta..dan buat kali ketiga airmata sy mengalir lagi..melihat Mr.HUBBY mengazankan anak kami, permata hati kami, cahaya cinta kami..sambil mencium dahi sy Mr.HUBBY membisikkan " terima kasih sayang..B sayang syg dan anak kita "..sy rasakan seperti kesakitan yang tak tertanggung tadi hilang sekelip mata je bila menatap wajah suci dan chomell Lil HERO..

ALHAMDULILLAH YA ALLAH..sy dan Mr.HUBBY bersyukur atas kurniaan anugerah terindah ini..semoga kami dapat memberikan kasih sayang yang sempurna buat permata hati kami tu..:)..semoga Lil HERO menjadi anak yang taat kepada ibu bapa, soleh, berjaya di dunia dan jugak akhirat..

Wednesday, June 29, 2011

::SEMANGAT PAPA!!!::

Today Mr.HUBBY sy bersemangat untuk berjogging..hehehehe..nak mengeluarkan peluh katanya.." syg, dah lama B tak jogging kan "..kadang-kadang Mr.HUBBY bukan boleh percaya sangat..semangatnye sampai tengahari je..bila dah sampai petang nak jogging, macam-macam alasan dia bagi..besok lah, malas lah, letih lah..hehehe..itu la suami sy..dah kenal sangat perangai dia..

Tapi petang ni sy tengok Mr.HUBBY bersemangat betul..pukul 5 dah siap mandi dan tukar baju untuk berjogging..dan tempat yang dipilih adalah Padang Polo..memang tempat ni ramai orang berjogging waktu petang..dalam pukul 5 lebih kami bertolak dari rumah..tengok ramainya la orang..tapi kebanyakkan adalah kaum Cina..diorang memang mementingkan kesihatan..

Bila sampai je Mr.HUBBY pulak terus memulakan langkahnya selepas warming up..Mr.HUBBY cakap nak lari 10 round..huhuhu..tak pe, kita tengok berapa round yang Mr.HUBBY mampu..:)..sementara Mr.HUBBY berjogging, Mrs. Wiffy pulak mengambil peluang untuk makan cendol + laksa Kedah..hehehee..sedapppp cendol dan laksa kedah ni..ramai sangat orang..jadi tak de la sy membuang masa sementara menunggu Mr.HUBBY selesai berjogging..hehehe..sambil tu perut pun kenyang..:)..

Tengah sy duk sedap je makan, tengok Mr.HUBBY dah sampai dekat meja yang sy makan tu..aik, tak nampak 10 kali Mr.HUBBY jogging pun..hehehe..sembang je lebih..1 round je yang mampu pun..hehehehe..Mr.HUBBY cakap dia wat seat up banyak kali..senaman setempat..nanti kalau buat 10 round terus takut pengsan pulak sebab dah lama tak berjogging..:)..ye la tu suami ku sayang..:)..




cendol jagung..menghilangkan dahaga
laksa kedah wif cili potong..nyummiiii..
keciannyer..penat ye..:)

Monday, June 27, 2011

::SUBAIDAH NASI KANDAR::

Dah lama sebenarnya nak makan Nasi Kandar Subaidah ni..ye la, sebab selalu sangat lalu depan kedai ni dekat highway Seberang Jaya, Penang tu..kalau lalu je, mesti tengok..orang mesti ramai punya..tak penah yang tak de orang..orang penang ni memang suka makan nasi kandar agaknya..tak kira pukul berapa semua kereta banyak je..

Hari ni sy dan Mr.HUBBY akan bertolak balik ke Ipoh setelah seminggu sy balik serah tugas di pejabat lama..dan dah cakap dengan Mr.HUBBY yang sy nak makan nasi kandar subaidah..masa dalam kereta pun dah ingatkan Mr.HUBBY balik takut Mr.HUBBY lupa pulak..nanti sy jugak yang rugi dan kempunan..hehehehe..dan Mr.HUBBY cam biasa la "ok sayang"..beruntung jugak bila dapat suami yang baik macam Mr.HUBBY ni kan..:)..

Sy ambil nasi beriani + ayam goreng + telur masin..while Mr.HUBBY pulak nasi beriani + ayam goreng..rasanya biasa-biasa je..boleh dimakan..cuma ayamnya tak garing..kalau garing mesti lagi sedap..huhuhu..tapi tak pe la, janji boleh makan nasi kandar subaidah..tu pun dah cukup untuk memuaskan hati sy..Lil HERO pun sama..masa sy tengah makan tu, bukan main lagi dia aktif je kat dalam perut mama ni..hehehe..suka yer dapat makan nasi kandar..hiihihi..

Masa tengah duk makan tu, sambil sembang-sembang dengan Mr.HUBBY.." B, camane ye dengan orang-orang yang susah tu??kalau mengandung lagi la teringin nak makan macam-macam tapi tak leh nak beli semuanya..tak cukup duit nak beli ape yang diteringinkan..mesti kecian kan B..syg rasa bersyukur dengan rezeki yang ALLAH bagi untuk kita, rasa nak makan ape, semua dapat..Mr.HUBBY pun carikan sampai dapat dan kewangan kita pun mengizinkan untuk kita beli sesuatu yang sy teringin nak makan tu "..Mr.HUBBY pulak mengiyakan apa yang sy cakapkan..kami BERSYUKUR Ya ALLAH dengan rezeki yang diturunkan kepada kami suami isteri..:)..

After makan semua, terus bertolak balik ke Ipoh..sebelum memulakan perjalanan balik, mendoakan agar kami selamat sampai rumah di Ipoh..memohon perlindungan daripada Ilahi sepanjang perjalanan yang memakan masa selama 2 jam itu..dan pada pukul 4 petang, kami selamat sampai rumah..SYUKUR ALHAMDULILLAH..


Thursday, June 23, 2011

::DEBARAN YANG KIAN TERASA::

dup, dup, dup, dup..setiap masa dan ketika pasti debaran tu akan terasa..huhuhuhu..tambah-tambah bila jarum jam pulak sentiasa bergerak tanpa henti menuju ke satu tarikh yang pasti..dan yang pastinya sy kena menghadapi saat itu..berbekalkan cerita dan pengalaman insan-insan disekeliling yang murah hati menceritakan pengalaman masing-masing..hmmmm..camane la agaknya sy akan menempuh detik-detik cemas itu..

Mr.HUBBY pulak akan mengambil peranan untuk metenteramkan hati sy..segala nasihat dan pujukan diberikan tanpa kenal erti jemu..walaupun ayat yang sama keluar dari mulut Mr.HUBBY..ye, terima kasih s.u.a.m.i atas semua kata-kata semangat yang keluar ikhlas dari mulutmu itu..hanya untuk menenangkan hati seorang isteri..yang akan berjuang untuk memberikan zuriat buat s.u.a.m.i yang tercinta..

Dan sekarang, setiap langkah yang diatur, pasti sy akan lebih berhati-hati..agar semuanya selamat menuju ke tarikh yang satu itu..yang tidak dijangka sampainya bila..hanya yang sy mampu adalah menunggu, menunggu dan terus ,menunggu..:)..tapi yang pasti, tarikh itu dah semakin menghampiri kini..hanya doa yang mampu dipohon daripada Yang Maha Esa agar dipermudahkan dan selamat semuanya..

Segala persiapan telah disiapkan untuk menyambut kelahiran cahaya cinta sy bersama Mr.HUBBY..dan cahaya cinta ini jugak ditunggu-tunggukan oleh semua ahli keluarga sebelah sy mahupun sebelah Mr.HUBBY..dan yang kelakarnya adalah s.u.a.m.i sy yang tercinta tu, setiap kali kalau sy call Mr.HUBBY, dan soalan pertama yang keluar dari mulut Mr.HUBBY adalah " nape syg??syg dah sakit nak bersalin ke??"..hehehehe..itulah soalannya..panik s.u.a.m.i sy tu..x pe la Mr.HUBBY, kita sama-sama menunggu kelahiran cahaya cinta ni, dan yang pastinya debaran tu akan kekal bersama-sama kita hingga la saat itu tiba..:)..

Sunday, June 19, 2011

::HAPPY FATHER'S DAY::


Hari ini 19 Jun 2011 merupakan Hari Bapa untuk semua bapa-bapa di seluruh dunia..dan sy ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada suami sy yang tercinta yang bakal menjadi PAPA dalam masa terdekat ni..ucapan dan harapan sy supaya Mr.HUBBY dapat jadi PAPA yang terbaik untuk anak-anak kami kelak..PAPA yang bertanggungjawab terhadap anak-anak..yang membuatkan anak-anak sy bakal bangga dengan memiliki Mr.HUBBY sebagai PAPA..sekarang sy rasakan Mr.HUBBY dah berjaya menjadi suami yang terbaik dan bertanggungjawab kepada, now turn untuk menjadi PAPA pulak..lepas ni tanggungjawab Mr.HUBBY dah semakin besar, perlu fikirkan anak-anak jugak..PAPA yang penyayang dan sanggup berkorban demi anak-anak tersayang..:)

Dan sy juga ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada ayah mertua sy..En. Ahmad Kamal bin Ismail..ayah kandung sy dah meninggal 4 tahun lepas, jadi dengan ayah mertua sy menumpang kasih..orang kata, ibu dan ayah mertua sama jugak dengan ibu dan ayah kandung kita..semoga ayah sihat selalu dan dirahmati ALLAH sentiasa..aminnn..

Dan kepada semua lelaki yang bergelar bapa dan bakal bergelar bapa, Selamat Hari Bapa sy ucapkan..semoga anda semua menjadi bapa yang terbaik untuk anak masing-masing..:)..

Saturday, June 18, 2011

::NUR AINA MERLYSSA::

Sedap namanya..:)..secomel tuannya..bidadari kecil kesayangan C.Anis & C.Ijal..:)..bapa saudara kepada Mr.HUBBY..mukanya sebijik muka C.Ijal..anak bapak..:)..so Lyssa ni adalah sepupu yang terkecik sekali rasanya setakat hari ni..:)..rasanya mak saudara semua dah tutup kilang setakat hari ni..hehehe..dan nama manja budak kecik yang comey ni adalah lica licut..:)..

Alkisahnya sy buka pic dalam telefon tadi, ada pic lyssa..cantik la, boleh update dalam diary sy ni pasal lyssa..:)..pic lyssa ni sy ambil masa C.Anis dan C.Ijal singgah rumah k.a.m.i di Ipoh minggu lepas..diorang nak naik Cameron Highlands..jadi singgah dulu rumah k.a.m.i..:)..lagipun dah lama jugak tak jumpa dengan C.Anis dan C.Ijal..

Malam tu sempat bakar sate je untuk diorang makan..hehehe..yang lain-lain tak sempat dah..yang bestnya tengok lyssa makan sate..hehehe..dia hisap je daging sate ayam tu..pastu diluahkan balik..tak makan dah..pelik sungguh budak ni..tak pandai makan agaknya..:)..tapi tak sempat nak snap pic masa dia tengah menghisap sate tu..

Lepas makan pulak, sibuk je ambil selendang mamanya nak pakai..hehehe..dia pun nak pakai selendang jugak..:)..berebut-rebut dengan C.Anis, nak tolong betulkan tak bagi..nak buat sendiri kononnya..heheehe..cenggitu la kalo ada anak perempuan..best jugak tengok perangai budak perempuan ni kan..nak pakai tudung, nak make up..hehehe..then sy cakap ngan Mr.HUBBY " mesti best kalo ada anak perempuan kan"..dan inilah jawapan Mr.HUBBY busyuk " bagi yang kat dalam perut tu keluar dulu syg, pastu baru pikir lain"..hehehehe..tapi kalo ikutkan perancangan tu 4 tahun lagi la..Mr.HUBBY cakap " bagi yang abang ni faham bahasa dulu..baru tambah adik"..:)..INSYAALLAH..aminnnnn..


comel x lica pakai selendang mama??..:)
tengok tu, nak betulkan sendiri..:)
rambutnya kerinting dan lembut je..ting ting girl..
pic lama masa c.pi kawen
licut wif Mr.HUBBY

::4 TAHUN BERSAMA JKM::

18 JUN 2011..

Satu tarikh yang ada banyak keistimewaannya bagi sy..hari ni adalah hari lahir suami sy yang tercinta, dan pada hari ni jugak sy melapor diri dengan pekerjaan sy sekarang ni..iaitu pada 4 tahun yang lepas..tarikh untuk sy lapor diri 18 Jun 2007 dan ALHAMDULILLAH jodoh sy bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia kekal sehingga kini..


Dan pada hari ni genap la 4 tahun sy berkhidmat dengan JKM..satu tempoh yang agak lama..banyak pengalaman yang sy dapat sepanjang bekerja ni..pelbagai ragam orang yang sy dah jumpa..penempatan pertama sy adalah di Rumah Kanak-Kanak Arau..tempat pelindungan dan pemeliharaan bagi kanak-kanak yang memerlukan..dan kini bila sy dah berkahwin, terpaksa mohon tukar untuk mengikut suami dan kini sy di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak..ingat lagi dulu sebelum dapat posting, selalu berdoa memohon jangan la sy ditempatkan jauh-jauh..tak nak berpisah jauh dengan keluarga dan kekasih tersayang yang kini telah menjadi suami sy..hehehe..

Semoga sy dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik lagi untuk masa-masa akan datang demi kepentingan jabatan..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...