Thursday, July 4, 2013

::SELAMAT BERTUNANG KAKAK & ABG SOFI::

Ini pun salah satu faktor mommy dan Mr.DADDY ambil cuti rehat.. kakak ipar mommy a.k.a kakak Mr.HUBBY akan bertunang.. so, kami la tuan rumah untuk majlis ni..

To kakak dan sofi,

Selamat Bertunang.. jaga hubungan tu elok-elok.. semoga kekal hingga ke ikatan ijab dan kabul dan seterusnya kekal hingga ke akhir hayat.. Aminnnnnnn..









nampak tu Ajeeq tengah tidur..










Hari tu adalah hari yang sangat sibuk.. so masa majlis memang tak sempat langsung nak bergambar.. lepas habis majlis baru kami bergambar, manakala Ajeeq pulak tidur.. sebab tu la tak de gambar Ajeeq disini.. ini pun mommy upload gambar yang mana diambil dalam iphone Mr.DADDY je..

::MAKANAN TERBAEK DI PERLIS::

Salam pagi Khamis.. hari ni dekat pejabat mommy ada audit.. mau check ape yang patut di check.. hehehehe.. so, pagi ni memang kalut sikit.. nak keluar breakfast pun tak sempat, kirimkan dengan officemate yang lain.. so dalam kekalutan ni, nak jugak mengupdate entry baru.. hehehee.. yang penting nak upload gambarnyer tu.. hehehehe..

Hari tu masa balik kampung, sempat la bawa mak, kakak dan adik-adik makan-makan di Kuala Perlis.. bukan selalu pun nak belanja mak dan family yang lain.. cuma ada kekurangan ahli family la.. adik mommy yang no 2 tak de, dengan yang no 3.. so tak pe la, kami makan kami je la ea.. hehehehe.. makan sampai sendat, padat dan ketat perut memasing.. last-last dah memang tak boleh masuk sangat dah, sotong goreng tepung dan udang goreng tepung terpaksa dibungkus bawa balik.. hehehehehee..

Tapi sebelum tu, mommy mengada-ngada nak makan pulut ayam di Wang Kelian dan koew teow sup siam di Padang Besar.. while Mr.DADDY layankan je ape yang mommy nak makan.. bagus betul dapat suami yang memahami tekak isteri ni.. huhuhuhuu.. sayang Mr.DADDY ketat-ketat..

koew teow sup siam Padang Besar
pulut ayam Wang Kelian
Pulut ayam tu ramai officemate mommy yang tak tau dan tak pernah makan.. ni adalah sejenis makan di Thailand ye.. memandangkan Pn. Bonda mommy berasal dari sana, so, ini adalah makan mommy sejak dari kecil lagi.. memang sedap.. pulut + ayam goreng berempah + bawang goreng.. memang sedap dan terbaekkk.. pulut ayam tu mommy beli ni di Wang Kelian, tapi sebelah Thailand ye.. kena masuk melepasi border Malaysia Thailand.. tapi di Wang Kelian, memang kita dibenarkan masuk untuk membeli barang-barang yang dijual di sempadan sebelah Thailand.. so sesape yang sampai Perlis, wajib untuk pergi Wang Kelian jugak ok..:)..

So berbalik kepada entry makan-makan di Kuala Perlis.. jom layan gambar..











Pn. Bonda cakap mommy kalau balik Perlis, tak de benda lain nak makan, sama je ini menunya.. hehehe.. especially koew teow sup siam dengan pulut ayam.. wajib dimakan kalau balik sana.. maklum la selama ni membesar dengan makanan-makanan tu, so bila dan berhijrah ke Ipoh, makanan tersebut tak de kat sini, so bila dah balik, mesti la mencari-cari..

Wednesday, July 3, 2013

::CUTI-CUTI CINTA Part 3::

Kali ni terus kepada entry part 3.. hehehehe.. pulun buat semua petang ni, kot-kot esok kalau dah busy, tak sempat nak update dah.. hehehehe.. untuk hari ketiga kami, dah nak balik dah.. tapi sebelum balik, kami berposing dulu, masuk Under Water World, shopping cokelat then baru ke Jeti Kuah.. mau naik feri, mau balik ke Perlis Indera Kayangan.. makan tengahari kami di Jeti je.. makan nasi kandaq.. tapi memang sedap la nasi kandaq kat jeti tu.. kalau pergi Langkawi lagi, nak makan lagi la kat situ.. hehehehe..










Picture kami dalam Under Water World, tak de ye.. harap maklum.. sebabnya gambar tak diwhattsap oleh Mr.DADDY.. huhuhuhu.. cer tengok gambar yang last tu, ada pertambahan beg disitu.. dalam beg pink dengan beg plastik hijau penuh dengan cokelat.. hehehehehe.. shopping cokelat tak hengat. Ajeeq pulak beriya nak duduk atas troli tu..

Tamat la percutian kami selama 3 hari 2 malam di Langkawi Pulau Lagenda.. panjang umur, ada jodoh, kami sampai lagi ye..

::CUTI-CUTI CINTA Part 2::

Alhamdulillah, baru berkesempatan nak mengupdate entry baru dalam blog kesayangan ni.. hehehehe.. hari ni baru tak busy sangat.. 2 hari bekerja sebelum ni, busynyer tak hengat-hengat.. semalam, sampai nak lunch pun tak sempat, sebab terkejar-kejar nak siapkan laporan dan bawa kes ke mahkamah.. 

Kali ni entry bersambung tentang percutian kami di Langkawi.. honeymoon bertiga dengan Ajeeq.. best dan bahagia dapat bercuti dengan insan-insan tersayang..

Hari kedua kami di Langkawi, dimulakan dengan aktiviti Islan Hopping.. memula ingat tak nak amik pakej Island Hopping ni, memangdangkan semalam berjenjalan di sepanjang Pantai Cenang, dapa pulak diorang buta tour untuk Island Hopping dengan harga RM 25 seorang.. Ajeeq free.. mommy buat keputusan nak join.. so sebelum gerak, kami berbreakfast dulu di gerai seberang jalan dengan chalet yang kami mengidap, dah elok je selesai makan, van yang akan bawa kami ke tempat berkumpul untuk Island Hopping pun sampai..



Ini la tempat jeti yang akan kami naik bot untuk aktiviti Island Hopping ni..





Destinasi kami yang pertama ialah Tasek Dayang Bunting.. best tempatnyaaaaa, tetapi penatnyaaaaa sementara nak sampai ke Tasek tu.. hmmmm berjalan menaiki dan menuruni bukit, dan disebalik bukit tu baru jumpa Tasek Dayang Bunting.. dikesempatan ni mommy minum jugak airnya untuk membuntingkan diri.. hehehehe..



sesi bagi ikan makan

Destinasi yang kedua ialah Engle Feeding.. tapi Mr.DADDY tak ambil gambar, khusyuk duk tengok helang tu.. ditambah pula dengan keterujaan Ajeeq.. last-last bila bot dah gerak, baru menyesal..hehehe.. so kita teruskan ke destinasi yang ketiga iaitu Pantai Beras Basah.. pantai ni memang cantek sangat.. dekat tepi-tepi pantai pun dah boleh nampak ikan yang warna warni yang macam ikan nemo tu.. cantek sangat..




Selesai semua aktiviti Island Hopping ni, kami terus balik ke chalet.. mau istirehat.. setelah penat seharian naik bot.. makan tengahari pun kami makan Mc.D je.. hehehehe.. sebabnya dah tak larat nak mencari kedai makan, yang nampak hanyalah restoran Mc.D yang terdekat.. lepas makan, terus tidur, masing-masing keletihan.. petangnya pulak kami mandi laut lagi.. hehehe.. best la mandi laut ni.. dah macam ketagih pulak.. malam ni kami ada agenda yang lain pulak..

Malamnya, kami ke rumah kawan mommy masa sekolah menengah dulu.. Aliff, kawan yang tolong carikan chalet, carikan kereta sewa.. hehehehe.. semuanya Aliff yang banyak tolong tentang percutian kami di Langkawi ni.. Aliff ni mengajak kami berdinner.. banyak lauk yang disediakan..

sebelum pergi rumah Aliff, repeat makan koew teow sup siam yang sedap ni.. hehehehe..
makan pulak dengan ais kacang, memang mantop laaa...
 Ni la menu-menu yang Aliff jamu kami makan..











Lepas makan, balik semula ke bilik, terus tidur, kekeyangan.. makan banyak.. Mr.DADDY sampai 3 pinggan makan.. sedap makan kari ikan salmon katanya.. Ajeeq pun sama.. makan nasi banyak.. sedap betul kari ikan salmon yang Aliff jamu kami tu.. lain kali boleh kami request la ye menu tu.. hehehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...