Thursday, June 9, 2011

::MODE = HAPPY MENANTI KEPULANGAN::

Semalam sy ada pemeriksaan kandungan untuk mingguan di Klinik Santan..dan seperti biasa, nak tengok air kencing, check tekanan darah, timbang berat badan, nurse check perut dan check degupan jantung Lil HERO..so far semuanya dalam keadaan yang normal..suka hati sy mendengarnya..:)..cuma hari ni sy kena jumpa doc di Klinik Kesihatan Kangar..sebabnya HB sy rendah..hmmmm, bila la HB sy ni naik betul-betul naik melepasi paras yang normal ye..asyik main-main je..10.6, 10.2,10.8..bila la nak naik sampai 11 dan keatas ni..ubat Iberet tu sy makan seperti biasa je..

Then terus sms Mr.HUBBY "hubby, besok syg n Lil HERO kena jumpa doc..nk check up sebab HB syg kan rendah..hubby nak temankan syg dan Lil HERO tak''..then dapat jawapan yang positif daripada Mr.HUBBY.."ok jugak syg"..hehehe..maknanya Mr.HUBBY akan balik sini lagi..:)..suka,suka,suka..kebetulan hari ni adalah offday untuk Mr.HUBBY..jadi boleh la Mr.HUBBY lari balik kejap temankan sy dan Lil HERO check up hari ni..cuma kadang-kadang tu sy keciankan Mr.HUBBY..ye la, mesti letih badan duk ulang-alik balik sini..tapi Mr.HUBBY cakap selagi termampu dan tak sakit, Mr.HUBBY tak kisah..semuanya untuk isteri dan anak yang dikasihi..:)..

Dan kali ni Mr.HUBBY balik naik bus..boleh la Mr.HUBBY tidur dan rehat atas bus tu sepanjang 4 jam perjalanan nak balik sini..while sy dan Lil HERO pulak akan sabar menunggu kepulangan Mr.HUBBY dan PAPA busyuk tercinta tu..:)..semoga Mr.HUBBY selamat sampai balik sini..:)..AMIN..dan petang ni k.a.m.i akan sama-sama ke Klinik Kesihatan Kangar untuk check up kandungan sy..best,best,best, pergi sambil ditemani suami tercinta..:)

Tuesday, June 7, 2011

::AS-SALAM Lil HERO::

Today, sy ada appoinment lagi dengan Pakar O & G Hospital Tuanku Fauziah..best,best,best..sebabnya adalah boleh terjah Lil HERO inside..dah lama tak tengok putera busyuk kesayangan ni..:)..dan hari ni ALHAMDULILLAH coz Mr.HUBBY pun dapat menemani sy untuk temujanji ni..syukur..at least tak de la sorang-sorang..bukan ape, bila tengok suami orang lain dapat temankan isteri masing-masing, akan rasa lain la..sedih pun ada..

Then nama sy dipanggil oleh nurse yang bertugas..bangun bangun untuk diambil berat badan dan  tekanan darah..beratnya badan sy..jeng jeng jeng..72kg @ 35w preagnancy..:)..maknanya makin boolat la badan sy ni..tekanan darah sy pulak OK..normal je..then terus masuk ke bilik doc pakar..berdebar-debar pun ada..sebab yang ni adalah untuk scan susulan selepas scan yang 1st bersama pakar dulu tu..Mr.HUBBY pun masuk jugak sebab nak temankan sy dan nak tengok Lil HERO..

Dan selepas doc bertanyakan khabar, terus doc minta sy baring untuk scan Lil HERO..Mr.HUBBY pun turut dipanggil untuk sama-sama tengok keadaan Lil HERO inside..As-Salam anak mama..:)..doc scan dekat bahagian kepala Lil HERO..now doc cakap kepala dah berada di bawah berhampiran pintu rahim..hope Lil HERO tidak berniat untuk memusingkan badan la ye..teruskan je berada camtu sampai la bersalin nanti..:)..then doc tengok jantung Lil HERO pun OK..kuat je degupan tu..dup dup dup dup..kemudian doc tunjukkan Lil HERO punyer..hehehe..nampak jelas sangat..tak berselindung sikit pun..terkangkang je kakinya..tak malu la anak PAPA ni..hehehe..tiap-tiap kali scan mesti Lil HERO akan tunjuk..:)..then doc teruskan lagi scan seluruh perut sy ni..dan resultnya adalah Lil HERO OK je inside..tak de pape yang perlu dirisaukan ye..:)..

Bila dah selesai scan tu, doc cakap, kalau sy still tak bersalin jugak sehingga 13 Julai 2011, sy diminta sekali lagi untuk ke Pakar O&G untuk check up dan akan dibersalinkan pada tarikh tu..huuh, biar betul??doc cakap sebab HB sy rendah..tapi kalau sy dah sakit nak bersalin atau dah turun darah or air ketuban sebelum tarikh tu, tak pe la, terus ke Labour Room je la..:)..

Alrite doc..sy akan ikut ape yang doc cakap tu..:)..now, no need to worry..sy suka..Mr.HUBBY pun senang hati..kita sama-sama menunggu kelahiran Lil HERO tersayang ye..:)..INSYAALLAH..

Monday, June 6, 2011

::DHIA NUR ADAWIYAH::

Cerita rewind lagi..hehehe..tak berkesempatan nak mengupdate semalam, jadi sy update hari ni..:)..semalam 5 Jun 2011, sy bersama Mr.HUBBY ke Kulim..menghadiri majlis perkahwinan Mr.HUBBY bestfriend..Zabidi & Azila..masa on the way tu terus teringat nak sms K.Didie..boleh jumpa Baby Dhia..memang teringin sangat nak jumpa Baby Dhia..

Lepas dah selesai makan kenduri terus contact K.Didie..then kami pun berjanji nak jumpa di Tesco Kulim..tempat yang paling senang nak cari sebab Mr.HUBBY pun tak tau sangat jalan area sini..cuma ingat sikit-sikit je sebab dulu masa praktikal polis Mr.HUBBY ditempatkan disini..

Akhirnya jumpa jugak dengan Baby Dhia..Alololooor, chomelnya..pipinya tembam..geram je sy tengok..Actually sebelum jumpa tadi K.Didie bawa Dhia ke klinik untuk check up dan cucuk 3 bulan..so, Baby Dhia baru lepas kena cucuk la ni..patut la buat muka cian je..cian pulak sy tengok..dan yang paling best sekali Baby Dhia ni baik sangat..tak menangis pun bila duk dengan sy dan jugak Mr.HUBBY..lama pulak tu sy dan Mr.HUBBY bergilir-gilir pegang Baby Dhia..

Hmmmm, tak sabarnya sy nak menunggu Lil HERO keluar..:)..SEMANGAT!!!!..pegang anak orang lain pun dah best sangat, tambah la nanti bila pegang anak sendiri kan..sy cium-cium je pipi tembam Baby Dhia ni..tak leh nak tahan la tengok sj..cam nak gigit-gigit pun ada tapi tak sampai hati la anak orang..hehehehe..masa sy tengah pegang Baby Dhia, Lil HERO pun aktif je gerak-gerak inside..hehe.."jeles ke sayang mama ni??mama pegang baby lain"..Mr.HUBBY pulak mula-mula takut nak pegang..tapi dah lama-lama pandai la pulak PAPA busyuk ni..:)..Mr.HUBBY cakap nanti anak sendiri tak pe la, ni anak orang tu yang takut sikit tu..:)..

Then bila dan sembang-sembang kami pun nak balik la sebab nak singgah rumah family Mr.HUBBY..jenguk ibu, ayah dan adik-adik..:)..dan sy seperti biasa bila dah jalan jauh ni, macam-macam rasa la..nak tidur cian pulak dekat Mr.HUBBY nak drive sorang-sorang..pot pet pot pet sy dalam kereta bersembang dengan Mr.HUBBY..tak nak Mr.HUBBY rasa mengantuk..memang bagus la sy ni sebagai co-pilot..hehehe..tapi hari ni memang hari yang hangat la sebab dapat jumpa Baby Dhia especially..dan jugak K.Didie..dah setahun rasanya tak berjumpa..last jumpa masa majlis perkahwinan kami dulu..







Sunday, June 5, 2011

::SELAMAT BERTUNANG SYED & IERA::

Cerita rewind ye..:)..kejadian yang berlaku semalam..4 Jun 2011 tapi sy update hari ni..:)..semalam penat sangat rasanya..dengan letih, lenguh pinggang, sampai rumah pun dah nak malam, terus sy mandi, rileks-rileks kejap then terus tidur..mata ni dah tak berdaya nak tahan untuk update blog kesayangan sy ni..dalam hati cakap besok je la update..tak lari pun blog ni..hihihihi..semalam just baca blog kawan-kawan je..itu je yang mampu pun..nak update blog sy ni otak dah jem, cam tak tau pulak nak taip ape..

Okeeyy, semalam ada hari untuk majlis pertunangan adik lelaki sy..dik Syed..so, dari pagi la sy sibuk..mengemas rumah coz jap g ada saudara yang nak datang untuk join sekali rombongan meminang..iaitu saudara sebelah arwah walid dan jugak saudara sebelah MY LOVELY MOM..walaupun dengan perut yang memboyot ni, tapi tak menghalang sy untuk terus aktif siapkan semua persiapan pertunangan ni..:)..semangat!!!..

Kami bertolak dari rumah menuju ke Alor Setar untuk ke rumah pihak perempuan..sampai je, kami dah terlewat sejam daripada yang dijanjikan..ye la, tadi brhenti sembahyang zohor dulu..tu yang lewat sikit..yang wajib kena la didahulukan ye..:)..sampai je, terus majlis pun bermula..keluarga sebelah pihak perempuan semuanya sedang siap menunggu..

ALHAMDULILLAH majlis berjalan dengan lancar..tujuan datang juga telah diluahkan dengan cara yang paling sopan mengikut adat orang melayu..pihak perempuan pun menerima dengan hati yang terbuka hajat daripada keluarga sebelah lelaki..SYUKUR..setelah siap semuanya, dan sesi menyarung cincin pun selesai kami dijamu selera makan nasi..semuanya lapar, masing-masing tak makan ape lagi just makan bihun goreng je tadi sebelum bertolak..sedapnya la rasanya keluarga sebelah perempuan ni masak..nyummmmiii..sy pun sampai 2x tambah nasi..hehehee..biasa ler..:)..lauk hari ni adalah nasi putih+kari ikan+ikan masak taucu+sambal udang+sambal belacan+ulaman+puding+tembikai+air oren..kami semua makan sampai kenyang..:)..

Bila dah selesai semua, kami rombongan daripada pihak lelaki minta diri untuk balik..masa nak balik tu hujan pun turun dengan lebatnya..hujan rahmat..:)..dan SYUKUR sekali lagi, majlis berjalan dengan lancar dan kami semua pun selamat pergi dan balik..:)..









Friday, June 3, 2011

::ALMOST DONE!!!:::

Besok adalah hari untuk majlis pertunangan adik lelaki sy..:)..dan sy pulak semakin sibuk dan kalut dengan hantaran-hantaran semua..petang tadi sy dan K.yah ke Kangar untuk membeli ape yang perlu di touch up lagi kan..then tambah-tambah barang-barang mane yang difikirkan perlu..now, dah perfect semua hantaran-hantaran tu..

1) bekas cincin
2) buah-buahan
3) garam gula + cokelat
4) kek
5) muffin coklat

dan petang tadi jugak sy dah ke Tasik Melati untuk tempah bihun goreng..saja la buat makan-makan sebelum nak bertolak ke Alor Setar..sy just buat makan ringan-ringan je sebab dekat rumah sebelah perempuan dah buatkan nasi untuk makan tengahari..:)..

Now just mendoakan agar majlis besok berjalan dengan lancar..kami akan bertolak dengan menaiki 3 buah kereta dan sebuah van..van tu adalah rombongan dari Thai, saudara sebelah MY LOVELY MOM..antaranya  tok dan mak saudara sy..can't wait untuk tunggu besok..:)

Wednesday, June 1, 2011

::HANTARAN UNTUK ADIK::

Sejak hari Ahad lepas, sy sibuk sikit sebab duk buat hantaran untuk majlis pertunangan adik lelaki sy pada 4 Jun nanti..:)..nak kata pandai sangat, tak de la..tapi boleh ler..hehehe..even masa majlis perkahwinan sy dulu pun sy buat sendiri hantarannya..itu la 1st time sy belajar untuk buat hantaran..rasa lagi puas hati..seronok je bila tengok semua hantaran tu dak siap..hehehe..sy banyak tengok majalah pengantin, tapi tak de la nak wat yang rumit-rumit dan yang susah-susah tu..just buat yang simple-simple tapi memuaskan hati..:)..

Untuk majlis pertunangan adik sy ni, sy memang dah ada niat pun nak sponsor dan tolong adik sy buatkan hantaran ni..heehe..baik kan sy..:)..tema untuk majlis ni ialah biru muda..CANTIK..MY LOVELY MOM cakap sejuk je mata memandang..now, semua hantaran ni almost 80% dah siap..tinggal nak touch up sikit-sikit je lagi..:)..nak tambah-tambah ape yang difikirkan perlu dan cantik untuk ditambah..kali ni sy buat 5 hantaran dan nanti akan berbalas dengan 7 dulang hantaran daripada pihak perempuan..bekas cincin, buah-buahan, kek, chokelat dan jugak muffin..:)..

Balik je dari kerja after shower semua, sy akan memulakan operasi sy untuk menyiapkan hantaran ni semua..Mr.HUBBY selalu cakap " rajinnya mama buncit "..hehehe..mesti la, tengok la isteri sape kan..lagi pun benda-benda macam ni, minat la jugak..tapi lepas tu akan timbul la macam-macam rasa..lenguh pinggang la, pedih perut la..ye la, bila dah duduk dalam jangka masa yang lama..pape pun, kena kuatkan diri jugak untuk siapkan semua hantaran ni..:)






Sy ingat hari jumaat nanti baru la siap hantaran ni semua 100%..:)..harap adik sy akan berpuas hati dengan hasil kerja tangan kakaknya ini..hehehe..by the way, rasa-rasanya cantik jugak kan..kih kih kih..okey la tu, untuk majlis pertunangan..nanti bila hantaran untuk majlis perkahwinan pulak baru kita buat yang lagi lagi lagi cantik..:)

::KESUKAAN SY::

Dengan izin dari ALLAH S.W.T hari ni hujan turun..dah lama rasanya hujan tak turun membasahi bumi..semalam pun also hujan jugak..:)..dan nasib baik bila dah nak habis waktu pejabat, hujan pun berenti..sy rasa hari ni rasa cam nak makan koew teow sup siam la pulak..dah lama rasanya tak makan..tambah pulak denga cuaca yang baru lepas hujan ni..lagi la marveles..then tiba-tiba teringat nak makan ais kacang pulak..:)..lagi la bertambah mantap my feveret tu..koew teow sup siam + ais kacang..

Then sy pun terus pusing stereng menuju ke Mata Ayer..dekat je dengan ofis sy..10 minit pun tak sampai..sampai je kedai tu terus order..tapi sebelum tu dah sms gitau dekat Mr.HUBBY yang sy dan Lil HERO nak makan koew teow sup siam..dan Mr.HUBBY pun memahami sy sebab kalau dulu masa zaman berdating, boleh dikatakan tiap-tiap hari sy akan makan koew teow sup siam ni..kesukaan sy..:)..ais kacangnya pulak memang mengancam..sebab ada banyak bahan-bahannya kat dalam tu..:)..dengan manis yang secukupnya..hilang dahaga bila makan..:)

Jom makan sesama..:)..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...