Thursday, April 30, 2015

..::YEAAYYY CUTI 6 HARI::..


Selamat pagiii.. Haaaa tengok, betapa happynya Adik Adeena tu..:).. macam tu la happynya perasaan mommy.. nak bercuti panjang.. plannya nak balik kampung.. kalau dah balik kampung ofkos la happy sesangat kan..:).. cuti pulak banyak hari.. dan yang bestnya cuti rehat 1 hari je then dapat cuti 6 hari termasuk sabtu dan ahad.. Ohhh gembiranyaaaa..:)..

Esok adalah cuti umum hari pekerja, hari ahad jatuh pulak wesak day, dan cuti tu dibawa ke isnin, hari selasa mommy apply cuti rehat, hari rabu cuti lagiii.. tapi untuk Negeri Perak sahaja je.. sempena Pertabalan DYYM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah..:).. huntung sesangat.. berderet-deret cutinya..



Perasaan nak bekerja tu memang blur la..:).. semangat pun entah kemana menghilang.. agaknya dia dah sampai Perlis dulu dah.. hehehehe.. bila nak balik kampung ni macam-macam yang difikirkan.. bila call Mak je, Mak tanya " kakak ada teringin nak makan apa?? kalau tak senang Mak cari siap-siap ".. Ohh Mak, setiap kali kakak balik mesti tanya nak makan apa.. 

Setakat ni cuma ada rasa nak makan buah mempelam harum manis je.. dengan pulut durian by Mak.. nyummmiiii.. 

Mommy ni duk membebel macam-macam, bercerita nak makan pelbagai, tapiiiii Mr.HUBBY tak tau la dapat hantar balik ke tak.. uwwaaaaaaaaa.. minta-minta la boleh ye Mr. HUBBY darling.. Mr.HUBBY cuti dibekukan sempena Pertabalan Sultan.. tak pe, Mr.HUBBY duk Ipoh elok-elok ye.. biar mommy dengan anak-anak je balik.. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...