Thursday, May 23, 2013

::MOOD BERKURSUS: BLOG AKAN SEPI SEMINGGU::

Salam hari Khamis untuk semua.. cewahhhh, bajet cam banyak sangat orang duk baca blog mommy ni ha.. hehehehehe.. walaupun hari ni orang lain, bekerja, mommy dah start cuti dah.. semangat.. dan esoknya pulak memang cuti umum sempena wesak day.. so now mommy berada di rumah family mertua terchenta.. petang ni akan balik ke rumah Pn. Bonda tersayang.. nak ambil Pn. Bonda bawa sekali pergi KL sepanjang tempoh mommy berkursus Pn. Bonda akan tolong jagakan Ajeeq.. hehehehe.. tak sanggup rasanya mommy nak berpisah jauh dengan Ajeeq.. lama pulak tu, seminggu.. yang paling mommy tak sampai hari sebab Ajeeq masih tak berpisah dengan susu badan lagi.. itu la orang cakap, selagi ada jalan, mommy akan cuba cari jalan untuk bawa Ajeeq sekali.. tak kisah la kalau terpaksa sewa hotel untuk seminggu sekali pun.. duit boleh dicari, tapi anak adalah segala-galanya.. mommy akan berkorban apa saja demi untuk Ajeeq sentiasa disisi mommy.. tapi kami akan tumpang bermalam di rumah emak saudara Mr.HUBBY.. rumah Cik Anis dan Cik Ijal.. Alhamdulillah ALLAH permudahkan urusan mommy.. walaupun perjalanan dari rumah Cik Anis ke tempat mommy kursus memakan masa 1 jam, tapi mommy tak kisah.. demimu anak..

Waaah, panjang lebar pulak duk berleter ye kat perenggan atas tu.. kursus yang mommy pergi ni ialah Kursus Akta Keganasan Rumahtangga.. anjuran Institut Sosial Malaysia.. terletak di Sungai Besi.. lepas ni mommy akan diitukarkan unit.. keluar dari unit Ekonomi Bantuan dan akan memulakan tugas baru di Unit Warga Tua dan Keluarga.. ALhamdulillah, peningkatan kerjaya.. menambahkan bidang kerjaya dalam unit yang berlainan.. 



So dalam seminggu ni blog akan sunyi sepi ye.. hehehe.. tuan empunya akan menumpukan sepenuh perhatian semasa berkursus.. hehehehe.. tak nak ada ilmu yang tertinggal.. kih kih kih.. salam untuk semua..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...