Friday, November 16, 2012

::SALAM MAAL HIJRAH::


Assalamualaikum.. belum terlambat rasanya mommy nak ucapkan Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam.. dan semalam adalah cuti umum sempena sambutan Maal Hijrah 1434.. Alhamdulillah bersyukur sebab masih mampu lagi bernafas untuk menyambut tahun baru Hijrah..

Walaupun semalam adalah cuti umum, mommy sekeluarga tak de kemana pun.. just duduk rumah.. Mr.HUBBY kerja pukul 7mlm.. so memang tak de plan nak kemana.. lagipula kami memang nak attend kenduri majlis perkahwinan jiran setaman.. kebetulan tuan rumah tu Mr.HUBBY kenal sebab anggota jugak di Balai Pasir Puteh..

So pepagi tu mommy bangun just siapkan breakfast je.. breakfast kena siapkan awal.. Ajeeq tu kalau bangun je turun bawah mesti nak mamam..:)..huhuhuhu..makan banyak budak kecik tu..:).. pagi semalam kami sekeluarga breakfast with bihun goreng + serawa durian with roti..nyumm nyumm.. Ajeeq suka sangat kalau roti yang dicicah dengan serawa durian..:).. laju je dia makan.. hehehe..gigih la mommy bangun awal nak masak serawa durian untuk anak..hehehe..

Lepas breakfast mommy just buat kerja rumah.. walaupun cuti daripada kerja-kerja office, tapi kerja-kerja sebagai ibu dan isteri tak pernah berhenti..:).. tapi mommy enjoy..dapat lakukan semua untuk insan-insan yang mommy sayang.. walaupun penat dan letih.. yang penting happy bila tengok keluarga mommy kenyang dan rumah mommy bersih..:)..

bihun hitam..huhuhuhu..
serawa durian + roti..
 Tengaharinya memang tak masak, kami ke majlis kenduri..:)..disebabkan dalam kawasan perumahan ni jugak, cuma beza 2 lorong je, so bertiga beranak naik moto je la..:)..hehehehe..dekat je kan.. tak payah nak pakai helmet bagai.. just Ajeeq je mommy pakaikan topi sebab cuaca panas..Ajeeq pulak laju je makan nasi kenduri..:).. maklumla lapar, bangun tidur je terus mommy angkat dia naik atas moto..






my encem boy..

Balik dari kenduri, memasing tidur.. perut kenyang..:)..huhuhuhu.. especially Mr.DADDY la.. mentang-mentang la nak masuk kerja malam, siangnya tidur sampai berdengkur.. cuma Ajeeq je tak tidur, kejanya duk kacau mommy dengan Mr.DADDY je.. kejap-kejap dia datang korek hidung, kejap-kejap dia kiss..huhuhuhu.. mommy pun tidur-tidur ayam je..

Then petangnya pulak aktiviti memasak.. untuk makan malam dan Mr.DADDY nak makan sebelum pergi kerja.. so mommy buat ayam masak merah + sayur kubis goreng.. hehehe.. tapi lupa nak snap gambar sebab petang tu berlaku adegan merajuk kejap..huhuhuhu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...