Friday, August 10, 2012

::JANGAN PERTIKAIKAN KAMI!!!!::

Assalamualaikum dan selamat pagi..pagi ni memang mood sangat okeeyy, sebabnya besok adalah hari sabtu..dan hari sabtu adalah hari cutiiiii..dan memang dah plan dengan Mr.HUBBY dah jenjalan meneruskan misi kami untuk menyopping baju raya..:)..hoyeeeeee..nak cari baju raya tambahan untuk Lil Hazeeq dan Mr.HUBBY..:)..

Tapi entry kali ni bukan berkaitan sesi menyopping..cuma luahan hati mommy..pagi tadi ternampak post ni dekat wall seorang sahabat seperjuangan sejabatan..hehehe..

Orang2 awam ni selalku nampak salah kakitangan awam jek....nampak kakitangan awam gi shopping lah bagai....tp diorang ada tau x ada kakitangan awam kadang2 waktu rehat pun kena kerja......lepas opis hour pun kena kerja bagai tau......sebenarnya korang nie dengki ngan kakitangan awam kan coz korang x dpt kerja ngan gov kan....hish geram seyh ngan diorang nie..

Mommy selaku penjawat awam juga terpanggil untuk bagi pendapat mommy sendiri..memang tersangat setuju dengan statement yang sahabat ni keluarkan..bukannya nak buat ayat bela diri sendiri, tapi mommy rasa, itulah kenyataannya yang perlu diketahui oleh semua pihak yang memang menuding jari kearah kami sebagai kakitangan kerajaan..

Mommy just nak share kerja kami sebagai penjawat awam..mommy tak tengok pada bidang lain, cuma nak menyatakan bidang kerja mommy sendiri..kadang-kadang mommy rasa terkilan sebab orang pertikaikan bila kakitangan awam keluar bershopping..tapi ada ke orang lain nampak kalau kami semua terpaksa kerja lebih masa..contohnya masa berlaku bencana, tengah-tengah malam pun dapat panggilan daripada boss terpaksa pergi ke rumah yang ditimpa bencana.. lagi teruk kalau bencana besar macam banjir ke..terpaksa berkampung di pusat pemindahan. terpaksa tinggal anak dan suami..then bila banyak kerja yang perlu disettlekan, terpaksa bawa balik fail ke rumah.. buat kerja pejabat di rumah hingga lewat malam.. sampaikan anak pun suami yang tidurkan..dan lagi bila time bayaran, tambahan pula nak dekat dengan raya ni, kami akan membuat bayaran sebelum tibanya hari raya. untuk memberi sumbangan bagi perbelanjaan sempena hari raya kepada penerima bantuan. bukan setakat bayaran di pejabat, terpaksa pergi kerumah untuk memastikan semua penerima mendapat bantuan sebelum raya..

Itu belum masuk lagi dengan kes-kes emergency untuk selamatkan kanak-kanak, orang tua dan warga yang gelandangan..pada masa orang lain sedang nyenyak tidur, kami sibuk membuta opersi bagi menyelamatkan diorang..ade ke orang yang nampak tentang ni??dan ini pulak yang mommy nampak tentang kerja Mr.HUBBY sebagai penjawat awam dan juga anggota keselamatan.. Mr.HUBBY kerja tak mengira hari cuti umum.. dalam kerja Mr.HUBBY tak de istilah cuti umum..hari orang lain sedang berehat di rumah bersama keluarga, Mr.HUBBY keluarga bekerja, tinggal mommy dengan anak di rumah.. itu belum lagi kerja pada waktu jam 1 pagi..disaat orang lain lena diulit mimpi, Mr.HUBBY keluar meronda untuk memastikan keadaan kawasan yang dijaga berada dalam keadaan selamat..

Banyak lagi yang mommy nak share..ini hanya bidang tugas mommy dan Mr.HUBBY.. bagaimana dengan bidang perguruan, bidang perubatan, dan bidang yang lain-lain lagi..lagi banyak rasanya  jadi tolong lah faham then jangan nak pertikaikan kami..jangan disebabkan nila setitik habis semua penjawat awam yang kena tempiasnya.. dan yang paling mommy tak puas hati ada jugak hamba Allah ni yang minta PM tarik balik bonus yang diumumkan oleh PM sendiri..PM nampak kerja yang kami sebagai penjawat awam buat, nampak kerja keras kami untuk memastikan negara ni terus aman dan makmur. bersama-sama dengan kerajaan untuk memastikan rakyat berada dalam keadaan yang terbaik bagi mencapai visi dan misi kerajaan..

2 comments:

  1. Mak dgn ayah imah keja goverment tapi imah tak. Ayah imhapun polis. So, mmg boleh tahu kerja polis macam mana. Tak kira cuti, siang,malam. Raya selalu xdapat cuti. mmg besar pengorbanan mereka kan? Sebenarnya, segelintir je yang bersikap sambil lewa dalam keja tapi disebabkan segelintir tu orang nak tuding jari pada semua penjawat awam sampaikan yang tak bersalahpun dipersalahkan. Apapun, takpe. Yang penting kita kerja ikhlas dan gaji yang kita dapat tu berkat dan halal. pedulikan apa yang orang nak kata.

    ReplyDelete
  2. apa pun itu adalah cabaran kita sebagai penjawat awam yg memikul tanggungjawab dan amanah. siapa cakap kerja kerajaan ni untung?? lg susah..setiap gerak geri menjadi perhatian kpd umum.. walauapapun kita mesti komitmen terhadap kerja tak kirala swasta or gov.. kalau kerja swasta pun,kerja cam "haremm" sama gak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...