Thursday, January 12, 2012

::SELAMAT TINGGAL JKMN PERAK!!!!::

Huhuhuhu..perkara yang dah berlaku hampir dua minggu..dan sy pulak baru berkesempatan nak mengupdate tentang entry ini..tajuk tu cam boleh tahan sedihnya..hehehe..tapi, bukan la sy nak meninggalkan negeri Perak ni..negeri tempat sy dan Mr.HUBBY berkhidmat sekarang..cuma y ditukarkan pejabat sahaja..

Sebelum ni sy masih terkontang kanting di JKMN Perak, now penempatan sebenar sy di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta..huhuhu..senyuman sy tersangat la lebar bila dapat surat penempatan itu..berakhir segala teka teki dan gundah gulana sepanjang tiga bulan sy duduk goyang kaki sambil layan facebook je di JKMN Perak..hehehe..

Now nak share gambar kenangan sy bersama mereka yang baik melayan sy sepanjang tiga bulan sy di HQ..rakan-rakan pejabat yang baik dan ramah tamah semuanya..

                                     

Dan hari ni peningkatan kerjaya sy di PKMD Kinta..menggalas amanah yang sangat besar pada sy..huhuhu..duduk di kerusi unit ekonomi dan bantuan..huhuhu..jugak merangkap ketua kawasan Ipoh Timur..hmmm.jugak melakukan pemantauan terhadap anak buah yang sama kawasan dengan sy..dan kebanyakkan klient sy ada masyarakat Cina..lepas ni cam nak masuk kelas mandarin je..hihhihi..dan disini jugak sy berjumpa dengan kawan-kawan yang ramah tamah dan baik-baik semunya..tak kira lelaki dan perempuan..harapan semoga sy dapat berkhidmat dengan senyuman, dan dapat berbakti kepada insan-insan yang sangat memerlukan..~berkat berjasa~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...