Sunday, August 28, 2011

::REUNION Mr.HUBBY::

Alhamdulillah, hari ini, 28 hari sudah umat Islam berpuasa..tinggal sehari je lagi untuk berpuasa dan lepas tu akan sambut raya pulak..horayyy, raya, raya, raya..tahun ni sy akan menyambut raya sebagai seorang ibu..tahun lepas sebagai seorang isteri..tahun ni bertambah lagi tanggungjawab sy..huhuhu..

Dan hari ni, sy, Mr.HUBBY dan Ajeeq nak keluar untuk berbuka puasa di Putra Brasmana Hotel..sempena reunion rakan-rakan sekelas Mr.HUBBY..makan buffet..best jugak sekali sekala berbuka puasa di hotel..dan berbuka puasa bersama kawan-kawan Mr.HUBBY..dan sy terpaksa bergilir-gilir dengan Mr.HUBBY masa waktu makan..sy biarkan Mr.HUBBY berbuka puasa terlebih dahulu sementara sy memegang Ajeeq..then bila Mr.HUBBY dah selesai berbuka puasa, turn Mr.HUBBY pulak pegang Ajeeq sementara sy makan..tak banyak pun pilihan makan yang sy boleh makan, memandangkan sy masih lagi dalam tempoh berpantang..huhuhu.."pantang makanan bagi orang yang melahirkan melalui pembedahan"..

Ajeeq pulak tengok je keliling, ramainya la kawan-kawan Mr.HUBBY yang pegang Ajeeq..Ajeeq jugak also dah dapat duit raya malam ni..hehehehe..jom share pic yang sempat disnap masa majlis berlangsung..tapi tak banyak sebab yang sy upload ni melalui kamera telefon bimbit sy..











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...