Tuesday, August 30, 2011

::CERITERA LEBARAN K.A.M.I::

Assalamualaikum..:)..salam lebaran untuk semua..hari ini semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri..setelah sebulan berpuasa, hari ni kita meraikannya..cewaaah, dah macam lirik lagu la pulak..hehehe..dan tahun ni merupakan tahun kedua sy dan Mr.HUBBY meraikan Aidilfitri bersama-sama..dan yang bestnya tahun ni adalah tahun pertama kami merayakan bersama Ajeeq..cahaya cinta+anugerah terindah daripada Ilahi buat kami berdua..syukur alhamdulillah..

Bermula dengan pagi sy, sy dan Mr.HUBBY dicide untuk sambut pagi raya di rumah family Mr.HUBBY..so, pagi tu seperti biasa la bangun masing-masing sibuk untuk besiap..semuanya pakai baju baru..tahun ni sy, Mr.HUBBY dan Ajeeq pakai sedondon warna hijau muda..:)..cerah mata memandang..cantik pulak tu..hehehe..tak habis-habis perasan ye..huhuhu..

Lepas Mr.HUBBY, ayah dan abang chik balik dari sembahyang raya, kami bermaaf-maafan..sy sebagai isteri memohon ampun dan maaf daripada suami tercinta sy..mohon memaafkan salah silap sy sekiranya ada..then mohon maaf dengan ibu dan ayah..

Then kami balik semula ke rumah tok wan Mr.HUBBY..fuuhhh, meriahnya raya tahun ni..semua anak-anak tok wan ada..ramainya la sepupu-sepupu Mr.HUBBY..dan tahun ni kami ada rezeki lebih sikit, jadi dapat la bagi duit raya lebih sikit untuk semua sepupu-sepupu yang masih belajar lagi..moga bertambah lagi rezeki kami suami isteri ya ALLAH..nasib baik la Ajeeq tak buat perangai..just nangis sebab dia panas agaknya bila sy pakaikan baju melayu..then bila Ibu bukakan baju melayu tu, tinggal togel je dia pakai pampers dan barut..terus mulutnya diam then pandai pulak nak bersembang-sembang..hehehe..

Jom share pic sy, Mr.HUBBY dan Ajeeq di pagi raya..huhuhu..gambar ni pun sy download daripada facebook ayah..














Ceritera Lebaran k.a.m.i akan bersambung lagi..:)..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...