Sunday, February 20, 2011

::MIMPI ITU DATANG LAGI::

Yaa, mimpi adalah mainan tido..tapi cmane kalo mimpi tu datangnya asyik berulang-ulang je..termasuk ni dah dua kali sy mimpikan benda yang sama..walaupun jalan ceritanya berbeza tapi maksudnya tetap sama..sungguh sy takut..bila terjaga je dari tido,kuat je degupan jantung sy ni..n lepas tu pasti sy susah untuk melelapkan mata kembali..asyik teringatkan mimpi itu dan mimpi yang sebelum ini..KENAPE YE??

Adakah mimpi sy ini sebagai satu petanda dari Ilahi??atau sekadar mimpi yang sering menghantui malam-malam sy??sukar untuk ditafsirkan..bila diceritakan kepada orang,pasti orang akan cakap "mimpi je tu..x de pape"..sy tau,ianya hanyalah untuk sedapkan hati sy ni..tapi kenape naluri sy ni selalu berkata macam mimpi tu akan jadi kenyataan??perlukah sy melakukan persediaan awal??macam mane plak dengan persediaan mental dan fizikal sy??hmmm..ntah la..sy sendiri pun x de jawapannya..

Masa kali pertama mimpi dulu,sy ceritakan kepada Mr.HUBBY sambil nangis-nangis..sebab sy rasa takut sangat dengan mimpi yang macam tu..sebelum ni sy x pernah pun mimpi macam tu..tapi kali ini sy diamkan sj..sy xnak susahkan hati suami sy tu..dan kalo sy ceritakan pun pasti Mr.HUBBY akan pujuk dan cakap " x de pape la syg..mimpi je tu..mimpi kan mainan tido "..sy tau itulah jawapannya..sehingga kini Mr.HUBBY tidak tau bahawa mimpi itu datang bertandang kembali dalam tido sy..dan pastinya bila Mr.HUBBY akan tau saat dia membaca diary sy ini..

Biarlah,sy x punya kekuatan untuk bercerita dan kisah itu kuar dari mulut sy ni..kalo tidak,airmata sy pun akan laju je merembes kuar bersama tekanan yang sy alami semenjak mimpikan perkara ini..semenjak skang ni,sy asyik fikirkan benda ni sj..kadang-kadang sy termenung sorang-sorang..MIMPI LAGI..bila diceritakan kepada MY LOVELY MOM, mom akan cakap "elok la kalo orang mengandung mimpi macam tu..x de ape yang perlu dirisaukan"..tapi kenape naluri sy berkata sebaliknya..dan juga bila dicerikan kepada MY GORGOUS MOM IN LOW, ibu akan ckp,"x de pape..mainan tido tu..ataupun sy ada tertgk benda yg pelik-pelik smpai terbawa-bawa lam mimpi"..hmmmm..susahnya nak mencari jawapan kepada mimpi sy ni..

Kini,dah dua kali mimpi itu datang..dan sy berharap tiada lagi mimpi itu untuk kali ketiga..Ya ALLAH Ya Tuhanku, berilah petunjuk untuk hambaMu ini..janganlah biarkan hari-hariku memikirkan tentang mimpi yang satu ini..yang datangnya tanpa diundang ini..aku x perlukan mimpi-mimpi seperti itu untuk menemani tidur malamku Ya ALLAH..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...