Monday, June 17, 2013

::MAJLIS PERPISAHAN CIK KELLY::

Salam petang Isnin untuk semua.  Alamakkkk, rasa cam dah lama tak menaip entry baru di blog kesayangan ni.. huhuhu.. maklum la sejak bertugas portfolio di pejabat, banyak benda baru yang perlu dipelajari, so terdapat sedikit kekangan waktu.. hehehehe.. berayat skema pulak petang-petang ni.. entry kali ni nak menaip seringkas yang boleh, sebabnya banyak laporan yang perlu disiapkan.. 

Majlis Perpisahan Kaunselor PKMD Kinta iaitu Cik Nur Khalilah.. yang akan bertukar ke RKK Kuala Kangsar.. majlis kecil kecilan ini dibuat di Bilik Mesyuarat PKMD Kinta.. mommy just sponsor kek coklat je untuk dimakan beramai-ramai.. tak de nak bagi sumbangan ape, itu je yang mampu.. then disamping majlis perpisahan, kami turut buat sambutan majlis hari jadi untuk staff yang lahir bulan April, Mei dan Jun.. so sesape yang terpilih, memang dapat hadiah la.. hehehee.. mommy punya turn kena tunggu bulan 11 nanti la.. lambat lagi.. hehehehe..

















Kenape entah gambar semua jadi kelabu ni.. haihhh laaa.. maybe faktor pengcahayaan dalam bilik mesyuarat tu kot.. huhuhuhu.. maklum la, guna camera telefon je.. yang mana telefonnya sama fungsi macam 3310 je bak kata Mr.HUBBY.. hehehehe..

Untuk Cik Kelly, 
Selamat bertugas di tempat baru.. jangan lupakkan kami semua di Kinta ni.. hehehee..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...