Monday, March 4, 2013

::PRAY FOR SABAH::

Assalamualaikum untuk semua bloggers.. juga kepada sesape yang sudi menyinggah di laman diary mommy ni.. :).. salam petang Isnin..


Sekarang ni seluruh negara tertumpu kepada kes pencerobohan di Sabah.. berita tentang ini memang menjadi tajuk-tajuk utama berita di seluruh negara.. seluruh rakat Malaysia mendoakan keselamatan anggota keselamatan yang bertugas.. setakat harini 8 orang perwira negara telah jatuh dalam mempertahan kedaulatan negara yang terchenta.. Al Fatihah untuk mereka semua..

While mommy disini turut berdoa semoga keamanan kembali di Sabah.. semoga semuanya berakhir dengan cepat dan tanpa gugurnya lagi perwira-perwira negara.. sedih dan mengalir airmata bila tengok dalam berita liputan tentang perwira-perwira negara ni.. disaat mereka disembayangkan, dikebumikan.. Ya ALLAH, tak tertahan rasanya airmata ini daripada gugur.. 

Setiap kali tengok liputan berita tentang ini, kerap mommy letakkan diri mommy ditempat balu-balu mereka.. saat kehilangan seorang suami yang dicintai kerana mempertahan negara dan tanah air yang terchenta.. paling mommy sebak bila melihat salah seorang balu kepada perwira negara yang memegang erat uniform suaminya.. Ya ALLAH, hanya ALLAH S.W.T yang tahu perasaan ini..

Andainya Mr.HUBBY yang kena pergi, pastinya mungkin mommy akan punya perasaan pentingkan diri sendiri.. kalau diikutkan hati mommy ni, takkan mommy sanggup nak lepaskan Mr.HUBBY pergi.. kalau boleh memang mommy doakan semoga semuanya cepat selesai dan tak perlu lagi anggota PDRM ditugaskan disana.. mommy tak rela untuk melepaskan Mr.HUBBY untuk pergi ke sana.. tak dapat bayangkan macam mane kehidupan mommy.. pasti kerisauan dan kebimbangan sentiasa mengiringi diri ini..

While Mr.HUBBY pulak memang bersemangat untuk pergi sekiranya namanya dicalonkan.. hmmmmm.. memang semangatnya menebal untuk membantu rakan-rakan sepasukan yang sedang berkhidmat disana.. demi negara dan tanah air sendiri.. dan yang paling mommy tersentuh saat Mr.HUBBY cakap " kalau dah memang ajal, duk sini pun boleh mati ".. hmmmm.. terus mommy terdiam.. tapi mommy masih lagi bersyukur bila Mr.HUBBY masih lagi disisi, sentiasa didepan mata mommy.. berbanding dengan isteri-isteri yang suami mereka sedang bertugas disana pada ketika ini.. pastinya tak lelap tidur malam.. memikirkan sang suami yang bertugas mempertahankan negara..

Yang pasti, mommy akan sentiasa titipkan doa buat anggota keselamatan yang bertugas disana.. semoga semuanya selesai dengan cepat dan selamat tanpa ada pertumpahan darah lagi.. jauh di sudut hati masih lagi penuh dengan kerisauan.. moga ALLAH selamatkan semuanya..Aminnnn..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...