Selamat Hari Ibu diucapkan kepada emak sy yang tercinta Pn. Aminah binti Salleh..dan jugak ibu mertua yang tersayang Pn. Mazlinah binti Mokhtar..
Emakku Tercinta,
Terima kasih di atas segala-galanya..dengan kasih sayang yang dicurahkan, dengan ilmu yang diberikan..sy dan adik-adik yang lain akan menghargai segala-galanya yang emak korbankan untuk kami semua..jasa emak takkan dapat dibalas..sy tak pernah rasa susah dengan kehidupan kita walaupun satu masa dulu, kita pernah hidup dalam kesusahan..tapi emak tak pernah sesekali mengeluh dengan dugaan yang ALLAH berikan tu..emak terlalu tabah dalam membesarkan kami adik beradik..segala nasihat yang emak berikan, akan sy ingat selalu untuk dijadikan panduan sy sebagai seorang ibu kelak..InsyaALLAH..sayang sangat-sangat dekat emak..:)
Ibu Mertuaku Tersayang,
Walaupun baru 5 tahun mengenali ibu, namun rasa cam dah lama sangat kenal dengan ibu..sejak kecil lagi..terima kasih atas segala-galanya..budi dan jasa ibu takkan sy lupakan hingga akhir hayat..walau ibu adalah ibu mertua, namun layanan yang diberikan umpama emak sendiri..segala pesanan dan nasihat yang selalu dititipkan ditelinga ini, akan dijadikan sebagai petunjuk dalam menghadapi liku-liku kehidupan..dan terima kasih jugak kerana sudi menerima diri ini seadanya..sayang sangat-sangat dekat ibu..:)
No comments:
Post a Comment