Saturday, May 7, 2011

::MEE UDANG @ KUALA SEPETANG::

Sebenarnya dah lama keinginan untuk makan mee udang @ Kuala Sepetang ni..hari tu dah pernah rancang nak pegi, tapi tak jadi..so, kali ni memang ingat nak makan sangat mee udang ni..then sy pun dengan tak malunya taip dekat wall fb Mr.HUBBY..ye la, fb suami sy sendiri kan..pedulikan ape orang lain nak cakap..:).." tiba-tiba rasa cam nak makan mee udang @ Kuala Sepetang..wahai suamiku Muhamad Izzad bin Ahmad Kamal, mahukah kekanda bawa adinda untuk melepaskan keinginan ini "..huhuhuhu..then dapat feedback yang positif daripada Mr.HUBBY " ok darling..nanti kita pegi..cian dekat mama n baby "..horeeeeeeyyy..

Akhirnya kami putuskan untuk ke Kuala Sepetang hari ini..hari sabtu then Mr.HUBBY pulak habis keja kul 1 tengahari..elok sangat la..:)..kami bertolak dari rumah dalam pukul 5 petang sebab Mr.HUBBY nak layan hindustan dulu..hehehe..Dilwale Dulhania Le Jayenge..boleh tahan suami sy ni kalo bab-bab filem hindustan ni..:)..dulu, masa MY GORGOUS MOM IN LAW preagnant Mr.HUBBY, Ibu memang layan sangat filem-filem hindustan ni..sebab tu la suami sy pun layan je hindustan..:)..chomell kan suami sy tu..hehehe..

Kitaorang ke Taiping dulu coz nak ambil Mr.HUBBY bestfriend iaitu Meor Farhan..:)..lepas ambil Meor baru kami bertolak ke Kuala Sepetang..tak de la jauh sangat jarak nak ke Kuala Sepetang ni..tapi kami yang dari Ipoh ni memang kena guna highway PLUS la nak ke Taiping..sepanjang perjalanan, banyak benda yang disembangkan oleh Mr.HUBBY dengan bestfriend dia tu..:)..dah lama jugak tak jumpa rasanya..dan sepanjang perjalanan jugak Lil HERO aktif je..kick dan gerak-gerakkan badan dia..:).." baby suka ye..hari ni PAPA nak bawa kita jenjalan dan makan mee udang "..

Sampai je tengok orang tak ramai sangat..elok la, tak payah kami nak menunggu lama-lama..:)..ape lagi, order la..sy teh o ais + mee udang..Mr.HUBBY pulak horlick ais + mee udang while Meor pulak teh ais + mee udang..semuanya nak makan mee udang..:)..ye la, memang itu tujuan utamanya pun kan..jommmm makannn..nyummmmiiii...












Balik dari Kuala Sepetang terus ajak Mr.HUBBY ke Nagoya dekat Taiping..ingat nak cari hadiah sempena hari ibu besok untuk MY LOVELY MOM & MY GORGOUS MOM IN LAW..kami kan anak dan menantu yang baik..hehhee..tak pernah lupakan mak dan ibu sempena hari ibu ni..hehehehe..then decide dengan Mr.HUBBY nak belikan kain ela tahun ni..banyak jugak pilihan kain yang cantik-cantik disini..:)..while Meor pulak belikan selendang..untuk his mom maybe..Mak Cik Latifah yang peramah..:)..lepas menyopping kain semua, kami terus bertolak balik ke Ipoh..sukanya sy dan Lil HERO dapat makan mee udang petang ni.. Special TQ to PAPA coz tunaikan keinginan mama dan Lil HERO..:)..sayang PAPA..mmuuuaaahhhhh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...