Sunday, May 22, 2011

::CINTA YANG KURASA::

Hari Jumaat lepas, sebelum nak tengok movie Nur Kasih, sy dan Mr.HUBBY ke kedai buku dulu..POPULAR..Mr.HUBBY nak beli buku undang-undang untuk exam dia..kanun keseksaan + kanun acara jenayah + akta keterangan + akta saksi bagi kanak-kanak..so, masa dekat kedai tu, Mr.HUBBY terus mencari buku undang-undang tu while sy pulak membelek novel-novel keluaran yang terbaru ni..banyak jugak novel yang baru-baru ni..

Rasa teringin pulak nak membaca semula novel-novel ni..bila dah kawen, sy cam dah tak baca padahal dulu hobi sy adalah membaca novel..last beli jugak la novel yang terbaru..:)..

CINTA YANG KURASA by ANIS AYUNI


Seingat Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri..Dia cuba merisik kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya..

Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna..Dia terlena dalam cinta yang diimpi..Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi..Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari..

Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya..Dia ingin terus setia dalam bercinta..Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua..

Mir Shariman tidak pinta hidupnya jadi begini, tetapi ALLAH memilih dirinya untuk diuji..Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati..Lalu dia pasrah membiarkan hubungan mereka bergerak mengikut takdir Ilahi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...