Thursday, March 27, 2014

::SELAMAT PENGANTIN BARU AISHAH & ANUAR::

Assalamualaikum dan selamat pagi.. 1 negara masih lagi mood bersedih selepas Tragedi MH 370.. tapi mommy nak gak share percutian kami sekeluarga ke Rompin, Pahang.. kami bercuti sebabnya majlis menyambut menantu dipihak pengantin lelaki pulak.. Sebenarnya pengantin adalah anak saudara mommy.. kenduri sebelah pengantin perempuan pada 8 Mac yang lepas.. 

Kami gerak dari Ipoh hari Jumaat, stay rumah abang mommy di Gombak, hari sabtu baru konvoi reramai ke Rompin.. Perjalanan Gombak - Rompin memang jauh, hampir 7 jam perjalanan.. merentasi Kuala Pilah, Felda Palong, Felda Keratong, Bandar Muadzam Shah, baru sampai Felda Selendang, Rompin.. Jalan memang berliku-liku, mendaki bukit, kiri dan kanan memang ladang kelapa sawit je..

Tapi Alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat balik walaupun macam-macam dugaan menimpa.. tersesat jalan la, tayar salah sebuah kereta konvoi pancit la.. namun ALLAH telah permudahkan semuanya.. jom layan gambar-gambar sepanjang majlis..


















Untuk Aisyah & Anuar,

Selamat Pengantin Baru Mak Usu ucapkan.. semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.. tabah dalam mengharungi dugaan hidup di alam rumahtangga.. kena sabar banyak-banyak.. dan semoga dapat baby cepat-cepat..:)

2 comments:

  1. ohh nasi kenduri sedappnya...tahun nie xda attend mana2 kenduri lagi..sedihhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, kesianyer.. kiter dh byk jugak attend kenduri dh untuk thun ni.. hehehehe.. sabor ye.. kang ada rezeki dot la mkn lauk kenduri.. kiter paling suka air kenduri.. esp air sirap.. hehehehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...