Monday, March 31, 2014

::DAPUR : KONSEP BUNGA ROS::

Assalamualaikum dan selamat pagi.. hari ni hari Isnin, permulaan bekera selepas bercuti 2 hari.. minggu ni aktiviti sabtu ahad memang padat sangat.. hehehehe.. tak duduk rumah sangat pun.. keluar siang, balik rumah dah malam.. hehehehe.. bukan ape, bawa Ajeeq jenjalan outing dikala Mr.DADDY tak kerja..:)..

So berbalik kepada tajuk entry, kali ni nak mengupdate tentang dapur.. dah lama rasanya tak update tentang cerita rumah atau susunatur atau yang seangkatan dengannya.. hehehehe.. lately ni minat mommy kepada konsep bunga ros makin menebal pulak dalam diri.. Vantage ala English Style.. hehehehe.. tapi tak de la semua benda konsep bunga ros ni.. mommy just beli yang mana mommy rasa perlu digunakan je.. bukan beli sekadar untuk hiasan.. rasanya lebih berbaloi kalau beli dan guna hari-hari.. daripada beli dan duk hias je.. hehehehe.. itu bagi pendapat mommy la.. lain orang lain pendapat, lain citarasa..

Jom kita tengok apa yang ada bila berkonsepkan bunga ros ni..:)..

set mug untuk kegunaan harian 
bekas beras
bekas garam, kunyit, asam jawa
set pinggan kegunaan harian
bekas teh, milo, gula, nestum
Haaa itu je la yang berkonsep bunga ros yang ada dekat dapur mommy tu.. hehehehehe.. baru permulaan kot.. lepas ni nak beli pinggang lagi, buat simpanan kalau ada tetamu yang bertandang ke rumah kami.. Hari Sabtu minggu lepas, sekali lagi ajak Mr.HUBBY ke Romantika, nak tengok-tengok frame kalau ada yang berkenan, nak letakkan pada dinding dapur.. Alhamdulillah dapat jugak frame dengan harga yang murah.. hehehehe.. jadi ler.. bukannya nak beli yang mahal-mahal..:)..

ni ler frame tu.. mommy beli dua design yang sama
pandangan dapur dari pintu bilik air, sebab nak bagi nampak frame baru yang tergantung tu.. hehehehehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...