Thursday, December 1, 2011

::CINTA SUAMI ORANG::

Sangat tertarik sy kalau tajuk ni yang dibincangkan..pagi ni sy baca Majalah Remaja untuk bulan ni..pinjam dengan officemate..tak de ape yang nak dibuat, then selak-selak muka surat, ternampak tajuk ni..sangat menarik untuk dibaca..mungkin dengan status insan yang bergelar isteri kepada seorang suami..so, bila topik yang macam, hati sy macam ditarik-tarik untuk membaca..


Isu ni tersangat -sangat la sensitif bagi insan-insan yang bergelar isteri..sama seperti sy..jugak tak rela jika suami yang dikasihi dan dicintai dengan sepenuh hati, menduakan kita, mempunyai hubungan cinta dengan perempuan lain..hmmmm..entah la, susah nak cakap..cuma sy nak share pengalaman insan ini yang pernah bercinta dengan seorang lelaki yang statusnya adalah suami orang..

 ** Nasihatnya kepada remaja dan perempuan diluar sana agar menghindarkan diri anda daripada terjebak dengan cinta suami orang kerana apa yang harus ditanggung amatlah berat.. elakkan walaupun hanya mahu berkawan biasa kerana sekali terjebak, amat payah untuk kembali ke pangkal jalan..akhir nanti sang suami pasti akan kembali kepada isteri demi permata hati mereka dan yang pastinya kita yang akan merana..dan sekiranya dengan Izin ALLAH perkahwinan itu terjadi pastinya banyak derita dari bahagia.fikir-fikirlah.

Dan semalam, masa on the way nak balik rumah dari Ipoh Parade, sy terdengar di radio suria.fm..segmen suria cinta bersama DJ Lin.. ** seorang wanita yang menelefon meluahkan rasa hati yang putus cinta..tapi cintanya dengan insan yang bergelar suami orang..tapi wanita ini mulia hatinya, tetap memutuskan hubungan tersebut walaupun dia terlalu sayangkan lelaki itu..tapi dia tak sanggup nak meruntuhkan rumahtangga orang lain..

Dan wanita ini jugak memberikan perbezaan antara lelaki yang bergelar suami orang dan lelaki bujang..suami orang ni caring, pandai nak menghargai wanita, pandai nak handle emosi wanita, penyayang dan sebagainya..dan kebanyakkan ini tiada pada lelaki bujang..hmmm..betull ke macam tu??mungkin sebab lelaki ni dah punya isteri dan dia tahu bagaimana nak handle dan hargai isterinya..

Andainya didunia ni penuh dengan wanita seperti itu, pastinya hidup diberkati dan harmoni selalu..apa yang sy cakapkan ni dari sudut hati seorang isteri..bukan sudut hati seorang suami dan wanita yang bercinta dengan suami orang tu..so, siapa yang bergelar seorang isteri dan bakal bergelar isteri, pastinya faham dan dapat rasa sekiranya perkara ini betul-betul terjadi kepada kita..dan pastinya hanya itu doa yang sy putuskan kepada Ilahi..selalu sy nasihatkan kepada kawan-kawan yang sebegini, agar fikir semasak-masaknya sebelum buat keputusan ke arah ini..kalau kita berani ambil suami orang, pasti tak mustahil sekiranya ada orang lain yang akan ambil suami kita kelak..

Namun jodoh pertemuan tetap ditangan Ilahi, disaat roh kita ditiup masa kita dialam rahim lagi..saat kita berusia 120 hari dalam kandungan seorang ibu..

1 comment:

  1. Ya....aku baru saja memutuskan hubungan dengan suami orang....demi isteri dan anak2 nyer...walaupon aku tahu akan kecewa....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...