Friday, December 2, 2011

::BIDADARI SYURGA::



Suka mommy baca kisah tentang mereka..mereka yang merupakan bidadari di syurga abadi milik ALLAH S.W.T..kisah tentang perjalanan hidup mereka yang sementara..disamping ayah, bonda dan keluarga yang mencintai mereka dengan sepenuh hati..dan semestinya perpisahan yang terjadi itu membuatkan ayah bonda sering merindui mereka..terkenang-kenangkan telatah anak manja yang hanya sekejap tempohnya ALLAH S.W.T amanahkan buat mereka..

~ DOA BUAT ALANNA~
~ NUR RANIA ANUGERAH TERINDAH ~

Dua blog ini yang suka sangat mommy membacanya..setiap kali entry baru dipostkan oleh empunya blog, mommy tak lepas peluang untuk membaca..mommy sering mengikuti hari-hari yang ayah dan bonda lalui tanpa insan kecil yang mereka cintai..juga review-review cerita saat-saat dan hari-hari terakhir yang mereka lalui bersama-sama bidadari syurga..

Kalu pertama mommy baca tentang kisah bidadari syurga ini ketika mommy sarat mengandungkan anugerah terindah mommy..chenta hati mommy..:)..memang teresak-esak mommy baca hasil nukilan bonda-bonda bidadari syurga ni..sungguh mommy dapat rasakan apa yang mereka rasa saat berpisah maut dengan anak yang dicintai, yang dikandung selama 9 bulan dengan penuh kasih..tapi waktu yang ada cuma sementara buat mereka..

Sungguh kuat hatimu wahai bonda-bonda insan kecil bidadari syurga..sungguh tabah dan redha dengan pemergian chenta hati..ternyata ALLAH S.W.T lebih sayangkan mereka..titipkan doa buat mereka agar mereka tenang menunggumu kelak..dan bidadari ini juga akan menjadi penyelamatmu kelak..penyelamat ayah dan bondanya..jangan ditangisi selalu kerana bidadari ni bahagia dalam jagaan Nabi Ibrahim A.S..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...