Lepas sy post entry tentang kami berjaya buat lasagna versi kami..ramai yang bertanyakan resepi..hehehee..tak sangka ada lagi kawan-kawan yang berminat nak makan dan teringin nak masak lasagna ni..hehehe..so kali ni nak tulis entry tentang resepinya yerrr..boleh la try sape yang teringin nak buat..senang je sebenarnya nak masak lasagna ni..tapi memandangkan ianya western food, so nampak cam complikated sikit la..hehehe..
Bahan-bahan yang diperlukan.....
1 ) Daging cincang / daging kisar
2 ) Tomato Sos ( Tradisional Kimball )
3 ) Cendawan Botton ( putih )
4 ) Bawang Besar
5 ) Slices Nenas ( tin )
6 ) Tepung Jagung
7 ) Lasagna
8 ) Cheese ( cheddar / mozarela / kraft / ladys choice )
Cara-cara...
1 ) Bawang besar tu dipotong dadu..then tumiskan dengan minyak hingga naik bau..
2 ) Bila bawang dah naik bau, masukkan daging..then hingga la daging tu masak..
3 ) Then masukkan sos tomato..agak-agak la..masukkn sikit-sikit dulu..tak nak sosnya masam sangat..
4 ) Then masukkan cendawan botton..masukkan gula untuk maniskan supaya rasa masam manis tu balance..then masukkan sikit air nenas tin tu..jangan banyak ye..
5 ) Then masukkan tepung jagung about 2 sudu..untuk pekatkan kuah..supaya nanti lasagna tak cair dan meleleh..
Dah siap semua angkat ke tepi..now masanya nak susun lapisan lasagna pulak..lasagna tu kena rebus dulu ye..masa rebus tu campurkan sikit dengan minyak masak..
Lapisan....
1 ) Lapisan pertama ialah lasagna..
2 ) Lapisan kedua ialah sos daging..then letakkan slice nenas yang dah dipotong kecik..kalau nak guna kiub pun boleh tapi kiub tebal sikit..slice punya nipis sikit..ikut citarsa masing-masing..
3 ) Lapisan ketiga ialah cheese..sy guna cheddar..susun je cheese sampai menutupi sos daging..
Then masukkan dalam oven 160 `c selama 10-15 minit..
Sedia untuk dimakan.....nyummmmiii..
Selamat mencuba ye pada sape -sape yang nak try...
No comments:
Post a Comment