Wednesday, November 2, 2011

::DUGAAN BUAT SEORANG IBU::

Dugaan yang besar buat seorang ibu ini..yang menggalas tanggungjawab untuk membesarkan anak yang dicintai..sy kenal ibu ni semasa ke klinik semalam..mulanya Ajeeq menangis..buat perangai sebab lapar dan mengantuk..so sy decide nak susukan Ajeeq dalam bilik menyusu yang disediakan di klinik ni..masa sy masuk ada seorang ibu dengan anaknya..difikiran sy juga beranggapan yang ibu ini nak menyusukan anaknya jugak..then sy tengok bakul yang ibu ni bawa..aik, banyaknya..siap dengan susu tepung, air masak dan semua la keperluan untuk membancuh susu..sy cakap dalam hari kalau nak menyusu anak guna botol, kenape nak masuk dalam ni..kat luar pun boleh kan..

Sy just memberikan senyuman kepada ibu muda ni..dan dia pun dengan murahnya membalas senyuman sy..sambil tu sy memujuk Ajeeq..biasa la Ajeeq kalau nak tidur, datangla perangai dan akal dia tu..nak kena pujuk dan dodoi baru nak tidur..tiba-tiba ibu ini menyelak baju anaknya yang sedang tidur..Ya ALLAH ada tiub pada perut anak itu..terkejut sy..mula-mula sy tengok je ape yang ibu muda tu buat..dibukanya penutup tiub tu, then dimasukkan susu ke dalam tiub itu..

Ya ALLAH, anak kecil ni minum susu  melalui tiub yang ditebuk melalui pembedaham masuk terus ke dalam perutnya..Ya ALLAH, besarnya dugaanMU pada ibu yang semuda ini..dan yang pastinya ibu ini menerima dugaan dan takdir yang telah ditetapkan Ilahi untuk anaknya itu..lepas si ibu dah selesai memberikan susu buat anak kecil itu, sy pun mengambil langkah untuk bertanyakan beberapa soalan kepada ibu muda yang tabah hatinya itu..

Menurut si ibu, anaknya terkena jangkitan kuman pada paru-paru..semasa kelahiran, anaknya lahir normal, tapi selepas 2 minggu, anak kecil ini mengalami demam dan abis semua badan jadi kebiruan..so anak kecil itu dibawa ke hospital dan ditahan di wad..so, bermula la para doktor menjalankan ekperimen ke atas anak yang sekecil itu bagi mengetahui punca kebiruan..last dah dapat result..''jangkitan kuman dalam paru-paru''..dan lepas itu anak kecil itu tak dapat nak menyusu macam biasa..terpaksa menggunakan tiub yang ditebuk diperutnya..dan anak kecil ni terpaksa ditahan di wad selama 6 bulan..ibu muda yang tabah ini jugak setia menemani permata hati di katil hospital saban hari dan saban malam..

Jika dulu masa dalam wad hingga ke bulan lepas, anak kecik ni bernafas dengan bantuan gas oksigen..dia tak dapat nak bernafas dengan sendiri..now, baru anak kecil ni dapat bernafas dengan sendiri tanpa bantuan gas oksigen..Ya ALLAH, kecian sangat tengok anak yang sekecil itu menghadapi dugaan yang besar bagi sy..terlalu kecik itu anak itu meneruskan kehidupan yang sebegitu..namun anak kecil ini bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang tetap mencintainya walaupun bagaimana keadaan sekalipun..dan seorang bapa yang bertanggungjawab dan redha menerima dalam jua keadaan anakandanya..

Sy yang tengok ni pun rasa dah bergenang airmata di kelopak mata..:(..sedih sangat tengok..jika dibandingkan dengan anakanda sy, sy memanjatkan beribu kesyukuran pada Ilahi, tidak diduga dengan sebegitu hebat..sy tengok anak kecik itu tenang je tidur dalam dakapan hangat si ibu..wajahnya memang tenang..sy yang merenungnya pun rasa tenang sesangat..then sy terpandangkan kaki anak kecik itu, nampak kakinya lembut then nampak macam terkulai sikit..kesiannya..anak kecil ni memang bergantung harap dengan bantuan si ibu 100%..jika tiada insan yang bergelar seorang ibu, pasti anak ini tak mampu untuk menghadapinya seorang diri..dan bagi seorang ibu muda ni, anak kecil itu bukanlah beban baginya..malah permata yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh..

Menurut si ibu lagi, putera kecilnya itu dah berumur 1 tahun lebih..terkejut sy sebab sy ingatkan baru 3 or 4 bulan..sebab anak kecil itu just sama besar dengan anakanda sy yang kini berusia 4 bulan..tahap pembesaran anak kecil itu tidak mengikut umurnya..dan yang pasti anak itu hanya mampu baring shaja..tidak mampu untuk melakukan pergerakan yang lain..sy sedih sangat..sungguh naluri ibu sy tersentuh..

Lepas dah habis menyusu, sy keluar terus duduk sebelah Mr.HUBBY dekat ruangan menunggu..jika lagi lama sy memerhatikan anak comel itu, pasti airmata sy akan mengalir laju..huhuhu..then terus sy ceritakan kepada Mr.HUBBY..sambil airmata still lagi bergenang di mata sy..dalam hati sy berdoa semoga ibu dan bapa putera kecil itu tetap kuat dan tabah dalam membesarkan anak kesayangan mereka..amanah daripada Ilahi buat mereka..aminnnn..

5 comments:

  1. ya allah..air mata ku yg bergenang ketika ini....

    ReplyDelete
  2. sy yang menaip pun dgn airmata yg bergenang..teringatkn ank kecil itu smlm..

    ReplyDelete
  3. sedihnya akak baca... kalau akak tak sanggup nak tgk, dengar citer dah tau.. huk huk lari prinsip keja sosial kita lak.. Empati> simpati huaaaaaaaa

    ReplyDelete
  4. Ya Allah,apalah salah ibu dan anak kcil yg x b'dosa tu?b'gitu besar dugaannya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...