Showing posts with label LOVE THEM SO MUCH. Show all posts
Showing posts with label LOVE THEM SO MUCH. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

::MY LOVELY AJEEQ::

Muhammad Zamir Hazeeq bin Muhamad Izzad..itu la nama Anugerah Terindah sy bersama Mr.HUBBY..secantik nama, sesedap maksud dan secomel tuan empunya diri..:)..semalam sy dan Mr.HUBBY keluar dinner di luar with Ajeeq..saja nak bawa Ajeeq jenjalan..dah lama rasanya tak bawa Ajeeq keluar jenjalan..kitaorang makan dulu..masing-masing pun perut dah lapar..kali ni kami ke Restoran Sri Hatyai..sy dan Mr.HUBBY suka sangat ke restoran ni kalau nak makan malam..makanan dia sedap-sedap..memenuhi selera k.a.m.i berdua..sy mengorder nasi goreng daging merah+air laici while Mr.HUBBY pulak nasi goreng pattaya+sirap laici..nyummmmii..sementara nak menunggu makanan yang diorder sampai, ape lagi, terus la posing-posing ambil..Ajeeq pulak suka sangat kalau bergambar..matanya boolllaat je tengok kamera..:)..












Lepas selesai makan, dan perut pun kenyang, k.a.m.i ke Tesco Extra nak beli susu formula untuk Ajeeq..nak tukar susu baru..tak nak bagi Ajeeq minum Lactogen 1..kali ni sy nak try S 26..sy just beli yang kotak kecil je..nak tengok Ajeeq boleh ke tak minum susu ni..kalau sesuai, sy akan teruskan dengan susu S 26 ni je la..minta la Ajeeq serasi dengan susu ni..tak de nak kembung, tak de nak cirit, nak de nak susah poo poo..alang-alang dan sampai tesco, sy terus shopping bahan basah sekali..nak disimpan lam fridge..after balik kerja kalau rajin sy memang akan masak untuk dinner..kalau malas tu order kedai je la..hehehe..sebab lam fridge dekat rumah pun dah kosong..hehehe..tak de pape..Ajeeq pulak nampak cam happy sangat dapat keluar jenjalan..lam stroller pun nak bersembang-sembang dengan PAPA..suka sangat sy tengok..mata tu liar je tengok orang lain..hehehe..


Monday, October 10, 2011

::PAPA vs SON::


Comell je..ini la suami terchenta with anak kesayangan sy..:)..TQ so much to kawan Kakak..namanya Senoritta Iqa..dia yang tolong editkan picture ni..masa Kakak post gambar ni dekat wall FB sy, rasa cam terharu je..nak menganis rasanya tengok diorang edit picture ni..chomelll sangat..sama je muka dua beranak ni..mata, hidung, kening, telinga, bibir..anak PAPA betul la Ajeeq ni..


terus sy download dari akaun FB masukkan lam notebook sy ni..then terus wat wallpaper..CANTIK!!!!!!..sy suka..like,like,like...

Saturday, July 23, 2011

::HAPPY BIRTHDAY TWIN::


Hari ini 23 Julai 2011..Hari Lahir BFF sy..Nur Iwana Yazid dan Nur Iwani Yazid..yeaaay, diorang dah genap 25 tahun dah hari ni..tapi sy belum lagi..still 24 tahun..hehehe..jangan jeles ye BFF..sy nak mengucapkan Selamat Hari Lahir, Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki, dan Bahagia bersama keluarga tersayang..walaupun diorang baru kehilangan tok tersayang, kuatkan diri, tabahkan hati..

Saja nak rewind usia perkenalan kami yang dah hampir 10 tahun ni..kejap je kan, pejam celik, pejam celik rupanya dah 10 tahun kita berkawan..berkawan rapat+baik+akrab..:)..kita pegi sekolah sekali tambahan pula sy satu kelas dengan Wana dari Tingkatan 4 hinggalah ke Tingkatan 6 Atas..kuat sungguh jodoh kami..dan dalam kelas pun kami duduk sebelah menyebelah je..pergi sekolah pun sama-sama.."kayuh gerek" or kadang-kadang abah dioarang hantar naik kereta dan bila baliknya kami akan tumpang Cikgu Rohiza..guru sejarah kami..hehehee..teringat balik kenangan itu..

Time nak exam kami study sesama..best-best..tapi kadang-kadang tu menyembang je yang lebih pun..hehehehe..dan kenangan yang paling manis ialah masa Tingkatan 6 Atas..best, best, best..sebab masa ni sy berjumpa dengan Muhamad Izzad Ahmad Kamal..dan Wana la akan jadi peneman sy untuk berdating..hehehe..masa mula-mula la..lepas tu dating sendiri ler..hehehehe..kami akan berjalan sesama untuk masuk ke sekolah dan sama jugak masa nak balik..Wana dan Meor pulak jadi peneman merangkap back up kami..hehehe..tak de la nampak sangat sebab ramai-ramai..kalau berjalan berdua je dengan Mr.HUBBY, sure cikgu-cikgu akan perasan..

Banyak kenangan sy bersama dengan diorang..diorang tempat sy mengadu nasib..ape je masalah sy boleh share dengan diorang..dan harapan sy semoga persahabatan yang kita jalin ni akan kekal hingga ke akhir hayat..walaupun kita masing-masing dah ada jalan hidup sendiri, tapi kita akan tetap berkawan baik..cuma sekarang ni la kami berpisah lepas sy dapat transfer ke Ipoh kerana mengikut Mr.HUBBY..tapi, setiap kali sy balik kampung, sy takkan lupa untuk menziarah diorang..

kami bercuti @ Ipoh
Iwana & Iwani Yazid
BFF
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...