Friday, June 19, 2015

..::HAPPY BIRTHDAY HUSBAND::..

Salam Ramadhan ke2 untuk semua.. dan selamat pagi.. semalam 18 Jun adalah tarikh istimewa suami yang dicintai lagi dikasihi.. hehehehe.. dan semalam adalah tarikh umat Islam bermula berpuasa.. beruntung Mr.HUBBY.. sambut birthday bersama-sama dengan sambut puasa..:)..

So bila dah birthday dibulan puasa, aktiviti kami sekeluarga adalah ketika berbuka puasa lerr.. lagipun hari tu hari bekerja, then Abang pulak sekolah macam biasa.. petang lepas balik kerja baru kami keluar untuk celebrate birthday Mr.DADDY.. mommy memang merancang-rancang nak berbuka puasa di hotel-hotel yang ada di Ipoh ni.. so dua tiga hari sebelum tu start-start servey la mana hotel-hotel yang ada buat buffet ramadhan.. dengan bantuan mr.google, dapat la mommy mencari buffet-buffet ni sekali dengan harga..

So pilih punya pilih, mommy decide nak berbuka di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh.. harga pun berpatutan, bersesuaian dengan bajet mommy.. Mr.HUBBY pulak jenis tak kisah, ikut je mane yang mommy nak..:).. ok, harga buffet Ramadhan di Casuarina ni RM49.00 untuk dewasa dan RM 34.90 untuk kanak-kanak.. semalam mommy suruh Abang makan macam-macam.. nak bagi berbaloi.. hehehehe.. while mommy pulak memang merasa semua benda yang ada.. so bayangkan la tahap kekenyangan dan kesengkakan tu macam mane.. hehehehe..:)..









Ok, meh nak share ape yang mommy amik dan makan semalam.. jangan terkezutt ok.. tapi semuanya adalah dalam kuantiti yang sikit je sebab semua nak merasa kan..

~ Nasi putih dan lauk-pauk
~ Nasi Mandy Kibas
~ Kibas BBQ
~ Satay
~ Cucur Udang
~ Ais Kacang
~ Kuih Muih
~ Kek-Kek
~ Buah-Buahan
~ Koew Teow Goreng

Adik pulak tersangat la baik anginnya semalam.. dapat tengok orang ramai.. pastu ada staf-staf hotel yang ambil pegang dan dukung.. hehehehe.. diorang pun geram dengan Adik.. dengan setepek bunga besar dikepala tu..:).. selesai berbuka kami terus balik rumah, sebab Adik dah start enjin dah untuk menangis.. dah sampai masa tidur Adik memang macam tu..:).. dalam kereta pun dah tidur.. 

So untuk Mr.DADDY,

Selamat Hari Lahir mommy ucapkan.. semoga Mr.DADDY terus diberi kesihatan yang baik untuk Mr.DADDY dapat menjaga mommy dan anak-anak dengan baik.. moga dimurahkan rezeki untuk Mr.DADDY.. dan sentiasa berada didalam rahmat kasihNya.. mommy dan anak-anak sayang Mr.DADDY sesangat tau..:)..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...