Assalamualaikum dan selamat petang.. petang-petang jumaat ni agak lemau sikit nak bekerja.. kefokusan kerja tu semakin kurang.. disebabkan esok dan lusa cuti.. sekarang ni mommy kemain lagi, tertunggu-tunggu je hari cuti.. nak bermalasan-malasan kat rumah, nak bertidur-tiduran kat rumah..
Kali ni mengupdate entry tentang kandungan lagi.. tentang Adik Baby.. tak sabarnya nak tunggu Adik Baby besar dan keluar tengok mommy, tengok Mr.DADDY, tengok Abang Ajeeq.. berbalik kepada cerita, minggu lepas mommy ada temujanji dengan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Greentown.. untuk MGTT dan jumpa doktor sekali.. MGTT tu adalah untuk minum air gula.. aiyarrkkkk.. duk menaip tu pun dah loya-loya bila ingatkan air gula tu.. hewwww.. sesak nafas.. masa nak ambil darah kali kedua selepas 2 jam minum air gula tu, Abang Ajeeq pun ikut sekali mommy ke klinik.. kemain lagi dia nak temankan mommy.. dan bila nurse tengah cucuk nak ambil darah, sempat lagi Abang Ajeeq pujuk mommy.. " dah, dah, tak pe mommy, tak pe, tak pe, abang kan ada.. nanti abang gitau daddy nurse tu cucuk mommy".. hehehehe.. kemain lagi bila mommy buat muka sakit.. chomelll je anak mommy tu..
Kali ni nurse suruh buat MGTT sebab BMI mommy lebih.. berat badan dah tak ideal dengan ketinggian.. huhhuhuhu.. nasib badan, redha je la..:).. Nasib kali ni Mr.HUBBY temankan, ada jugak peneman dan ofkos la Mr.HUBBY pun nak skodeng Adik Baby jugak.. harini doktor nak scan.. yeayyyyy.. disamping berita duka nak minum air gula tu, ada jugak berita gembira bila dapat tengok Adik Baby dalam perut mommy ni..:)..
Doktor scan, dan resultnya Adik Baby dah besar la.. huhuhuhu.. kalau ikutkan kiraan period mommy, Adik Baby baru 9w lebih dan due date 25 Disember.. now bila dah scan rupanya Adik Baby dah 12w lebih dan due date pun dah cepat ke 09 Disember.. Fuhhhhh, makin berdebar mommy.. bila difikirkan sakit bersalin tu.. huhuhuhuhuhu..
nak gak selit gambar terbaru yang dah overweight tu.. hehehehehe.. |
Adik Baby 12w |
Now dah 12w lebih pun mommy still lagi memilih makan.. still lagi vegetarian, tak boleh makan protein-protein.. berat badan pun duk maintain je lagi,, hehehehe.. cuma perut je semakin membesar.. dah nampak la baby bump disitu.. hehehehe.. dulu masa mengandungkan Abang, waktu-waktu minggu camni , selera mommy dah bertambah-tambah.. ye la, lain anak, lain caranya masa mengandung ni.. terima je dengan hati yang terbuka..:)..
No comments:
Post a Comment