Monday, December 16, 2013

::BALIK PERLIS MAKAN KENDURI::

Salam untuk semua.. selamat tengahari.. baru berkesempatan nak update kejap.. pagi tadi settle dulu apa kerja yang ada.. now baru berkelapangan sikit..:).. ini aktiviti hari minggu yang lepas.. kami sekeluarga balik kampung.. tak de cuti tambahan pun, just sabtu ahad je..:).. kebetulan Mr.HUBBY dapat offday masa bertugas PRK Kuala Besut dulu, so kami ambil kesempatan ni la nak balik kampung.. tambahan pulak kami nak attend majlis perkahwinan kawan Mr.HUBBY..

Hari Jumaat malam bergerak dari Ipoh, kami singgah tidur di Bedong rumah family Mr.HUBBY.. singgah tidur rumah ibu ayah, then sabtu malam baru tidur di Perlis rumah mak pulak.. pagi dirumah Mr.HUBBY kami berbreakfast pisang tanduk goreng + teh tarik ibu mertuaku.. hehehe.. sedap woo teh tarik ibu mertuaku.. tiada tandingan..



Selesai bersarapan, kami sekeluarga sama-sama gerak ke Perlis.. lagipula ibu ayah pengantin memang kawan kepada ibu dan ayah mertua mommy.. 

Untuk Qayyum dan isteri, selamat pengantin baru kami ucapkan.. moga kekal bahagia hingga akhir hayat.. moga tabah dalam mengharungi dugaan dan cabaran alam perkahwinan..:)..



Dan yang paling best tentang kenduri kali ni, ada lauk feveret mommy tu.. hehehehe.. suka bukan kepalang dapat makan.. sebabnya dah lama gilaaaa tak makan.. Gulai Rebung Daging.. aduh duh duh duh duh.. memang best la.. siap letak pinggan lain tu punya nak makan rebung.. sepanjang duduk Ipoh, dan sepanjang pergi kenduri di Ipoh ni, tak pernah lagi jumpa menu ni time kenduri kahwen.. rasanya kenduri kahwen di Perlis je kot yang ada menu ni..:)..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...