Salam Isnin, pagi ni office mommy ada buat makan-makan.. sempena Syawal kan.. so kami bawa makanan sorang sikit.. meriah makan ramai-ramai ni.. heheheehehe.. pagi ni mommy cuma bawa nasi impit sebab ada officemate yang bawakan kuah lodeh.. so senang jugak sebab semalam mommy bertugas UTC, tak sempat la nak masak-memasak sangat, balik pun dah lewat malam, letih.. huhuhuhu.. Alhamdulillah kenyang pagi ni.. terima kasih semua pada sape yang bawa makanan tu.. rezeki dari ALLAH kita kongsi bersama..
So nak bercerita balik tentang aktiviti minggu lepas bersama kawan-kawan kesayangan.. kami bertiga ke Mayfair.. memasing nak buat facial.. disebabkan ulangtahun Mayfair, diorang ada buat promosi sempena ulangtahun.. so yang untungnya adalah kami.. heheheehe..
Memang best la diorang buat facial.. sempat gak terlelap mommy ni.. hehehehe.. alangkah bestnya bila muka diurut-urut, rasa tegang je kulit muka.. so lepas ni, dah decide dengan kawan-kawan, kami ada ambil 1 lagi pakej yang mayfair tawarkan, ikut kesesuaian kewangan kami.. hehehehe.. so lepas ni akan ada lagi la appoinment dengan Mayfair.. kami nak buat facial..
Selesai berfacial, perut berkeroncong, mula mencari makanan.. area situ tak de kedai makan melayu, kebanyakkan kedai cina.. so terus kami ke Tesco, makan di foodcourt Tesco.. banyak sikit pilihannya.. dan menu pilihan mommy, cam gambar dibawah tu la.. heheheeh.. diet la sangat.. tetap kena diet sebab petang Jumaat tu kami ke open house Asrama Akhlak Silibin.. aktiviti makan lagi.. heheheehehe..
No comments:
Post a Comment