Monday, April 23, 2012

::BERCUTI SEMPENA ULANGTAHUN::

Best, best, best..tak de perkataan yang boleh untuk menggambarkan perasaan mommy ni..:)..bercuti bersama keluarga yang mommy cintai..dikala mengingati hari ulangtahun kami bergelar pasangan suami dan isteri..walaupun bukan pada tarikh yang sebetulnya, tapi kami dapat jugak bercuti..ye la, masing-masing mempunyai kerjaya dan komitmen yang tersendiri..:)..

Destinasi kami kali ni adalah Melaka Bandaraya Bersejarah..:)..jauh jugak tu perjalanan..:)..almost 3 - 4 jam..:)..kami bertolak pukul 9.00 malam dari Ipoh, sampai Melaka pukul 12.30 malam..huuuu, penatttt..:)..Lil Hazeeq pulak tidur je sepanjang perjalanan..Ajeeq ni kalo kena air cond dia lali je..nak atas kereta, menyusu kejap, then terus tidur..:)..senang la mommy nak temankan Mr.DADDY drive..mommy kena jadi co-pilot yang bagus..hehehe..nanti Mr.DADDY pun mengantuk sama kalau dia drive sorang-sorang..:)..

Percutian kami bermula keesokkan harinya, walaupun cuaca mendung dan hujan, iainya tidak membataskan pergerakkan kami..Mr.DADDY cakap kita boleh buat aktiviti indoor kalau hujan..hehehe..maknanya, shopping!!!!..mommy suka sangat kalau bershopping..:)..then bila kami nak keluar tu, hujan pulak berhenti..Alhamdulillah, selepas hujan, cuaca sangat OK untuk kami berjenjalan..:)..

BANDA HILIR - kami naik beca, mengelilingi bandar Melaka..sangat best..while Lil Hazeeq OK sangat, suka dia dapat naik beca..:)..Ajeeq tengok je sekeliling..:)..then naik Kapal Samudera..:)..bergambar..then Kota A'Famosa..bergambar lagi..then Bangunan yang merah tu, ape ye nama dia..dah lupa..hehehe..:)..then terjumpa pulak dengan kuda, berhadapan dengan muzium, so terus la bergambar dengan kuda..Ajeeq pula tak takut langsung dengan kuda..siap nak pegang-pegang lagi kuda tu..:)..

Tengahari tu lunch kami adalah Mc.D..hehehe..Mc. D lagi..boleh pengsan kalau hari-hari makan Mc.D..hehehe..tapi kami tak punya pilihan yang lain..sebabnya, Mc.D ade bubur..buat lunch anakanda mommy yang terchenta..kalau lunch tempat lain, nanti Ajeeq nak makan ape??huhuhu..kecian pulak anak mommy sayang tu..:)..jommm layan picasa sepanjang kami bercuti..:)

















1 comment:

  1. hai salam kenal
    selamat ulangtahun perkahwinan
    semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat kalian
    amin...
    psst!!dok kat ipoh ke?
    me too...
    heheheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...