Monday, March 5, 2012

::MOMMY DEMAM::

Star dari haru Khamis haritu lagi mommy demam..pagi tu seperti biasa pergi ke office, dah rasa lain macam je dah bila kena air cond..hmmm..dah rasa sejuk mencengkam isi,,walaupun badan dipenuhi dengan isi, namun kesejukkan tu boleh menembusi jugak..bila dah masuk tengahari, dah tak leh nak tahan dah rasa sejuk, kaki dan tangan abis semuanya sejuk..sampaikan Mr.DADDY datang hantar stokin untuk mommy pakai..pakai stokin dalam office tu yang tak tahan..offimate yang lain tegur dah macam dalam pantang pulak..hehehe..

Petangnya ke klinik, then terus balik rumah..dapatkan time slip from MA yang bertugas..balik terus rehat..masa ni badan sangat panas..Mr.HUBBY pulak kerja..malam tu, start la dengan pening, dengan demam, sakit kepala dan jugak sakit-sakit badan..semuanya ada..sepanjang 4 hari 3 malam mommy demam ni, semua kerja rumah Mr.DADDY yang uruskan..semua keperluan mommy dan jugak keperluan anak..nasib baik Mr.DADDY pandai buat dan tidak kekok langsung..dari memandikan anak, pakaikan baju, masak nasi anak, suapkan anak makan dan tidurkan anak..dan semua kerja rumah pula macam basuh pinggan mangkuk, sediakan makan mommy, basuh baju..ye la, mommy langsung tak boleh nak bangun..Mr.DADDY buat semuanya tanpa ada rasa mengeluh atau sebaliknya..huhuhu..sungguh beruntung mommy dapat suami macam Mr.DADDY..

Now mommy dah semakin sihat..mommy akan ingat jasa Mr.DADDY sampai bila-bila ye..mommy sayang sangat dekat Mr.DADDY..terima kasih untuk semuanya dan terima kasih daddy jaga mommy sepanjang tempoh ni..:)..while Lil Ajeeq pulak baik je..tak de nak buat perangai dengan mommy..maybe Ajeeq faham mommy sakit..kalau tidur pun, menghimpit ke daddy je..good boy..mommy sayang dia..:)













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...