Thursday, February 16, 2012

::PERGI TAK KEMBALI::

Hari ini 16 Februari 2012, 7 tahun ayahanda sy yang terchenta pergi mengadap Ilahi..mengadap Maha Penciptanya..kejap je masa berlalu..sudah 7 tahun..rasa cam baru lagi arwah walid meninggal..masih terbayang muka dan suaranya..takkan pernah hilang dari ingatan sy walaupun dah lama arwah pergi..dan kini takkan kembali lagi..hmmmm..hari ni, memori 7 tahun lepas kembali menggamit perasaan..satu persatu memori itu berlayar kembali dalan kotak fikiran sy ni..hmmmm..

Ketika menaip entry ni, airmata tetap bergenang dalam kelopak mata..sedih bila ingatkan kembali..arwah walid meninggal ketika itu sy masih berumur 19 tahun..masih muda dan masih mentah..baru lepas alam persekolahan..tapi sudah tertulis yang arwah akan meninggalkan kami pada hari itu..pada ketika anak-anak masih lagi kecil..seingat sy pada ketika itu adik bongsu sy masih di darjah 5..terlalu kecil untuk kehilangan insan yang bergelar seorang ayah..tapi kami redha dengan kehendak takdir dan ketentuan Ilahi..

Sy masih ingat lagi, hari khamis 16 Februari 2005..memori hari itu memang sy tak lupa..arwah dah sakit seminggu..memang tak boleh bangun dan hanya terbaring sahaja..memang arwah menggunakan pampers sepenuhnya.. makan pun bersuap dan kadangkala apabila arwah lenguh badan asyik baring je, sy akan tolong angkat arwah untuk duduk bersandar..dan pada ketika itu sy dan bonda menjaga arwah bagaikan anak kecil..sebagaimana sy menjaga anakanda sy sekarang ni..perlu dimandikan, makan perlu disuapkan, pampers perlu ditukar..dan sy sebagai anak, tak pernah mengeluh atau merungut semasa lapkan badan arwah dan juga tidak geli untuk tukarkan pampers arwah sebab itu ayah sy..

Dan bila hari khamis itu menjelma, pagi itu tok sy sampai rumah jenguk arwah yang dah sakit..memang kami tak sangka arwah akan pergi hari tu, sebab sebelum ni kalau arwah sakit, arwah akan sembuh dan sihat seperti sediakala..dalam pukul 4 petang, arwah nampak macam nazak..semuanya berlaku dengan cepat..pada pukul 4 lebih, selepas azan asar, arwah menghembuskan nafas yang terakhir disisi bonda, sy dan adik-adik..cuma adik sy yang no 3 tak sempat berjumpa arwah kerana tinggal di asrama dan dalam perjalanan balik kerumah pada ketika itu..sy masih sempat memohon maaf dengan arwah, manakala bonda pulak memohon  maaf bagi pihak anak-anak yang lain yang tak sempt bersalam dan memohon maaf..

Petang itu ramai sangat yang datang melawat arwah..sanak saudara yang dekat, kenalan arwah, kenalan sy dan tak lupa jugak Mr.HUBBY turut melawat arwah buat kali terakhir..sayang pada ketika itu Mr.HUBBY belum bergelar menantu kepada arwah..malamnya kami bergilir-gilir bacakan yassin untuk arwah..terutamanya bonda, tak pergi jauh dari sisi arwah..sanak saudara yang datang, semuanya bacakan yassin untuk arwah..

Keesokkan harinya arwah dimandikan dan dikapankan..sebelum arwah dikapankan sepenuhnya, semua anak-anak diberi peluang untuk mencium..sy yang paling banyak menangis pemergian arwah, tapi ketika mencium, memang tahan airmata untuk keluar, sebab tak boleh kena airmata pada mayat.. lepas selesai dikapankan, arwah disembahyangkan di masjid..selesai disembahyangkan, arwah bawa ke tanah perkuburan islam arau..tempat bersemadinya ayahanda dan bonda arwah walid dulu..semuanya dikebumikan disitu..arwah dikebumikan sebelum solat jumaat..

Kini telah 7 tahun, sy sebagai anak hanya kirimkan doa dan amal jariah buat arwah..semoga arwah tenang di sana.. ditempatkan dengan insan-insan kekasih ALLAH.S.W.T..semoga nanti kita akan bertemu di akhirat kelak..InsyaALLAH..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...