Bersempena dengan nak menyambut raya ni, dan ditambah pulak dengan bonus yang dapat, dapat la sy berbelanja untuk raya ni..tapi tak de la nak shopping sakan..hehehe..dengan campuran bonus sy dan Mr.HUBBY, alhamdulillah lega jugak la..dapat bagi duit raya lebih untuk mak dan ibu..
So agenda untuk mencari baju raya, untuk Mr.HUBBY dah selesai..baju melayu dan kemeja pun dah ready dah..tema untuk raya tahun ni bagi keluarga sy adalah hijau muda..:)..sedap je mata memandang..while baju raya sy dan Ajeeq je yang belum jumpa lagi..
Bermula dengan shopping di Jusco untuk Mr.HUBBY..dan sy pula, memang menyesal sangat..hari tu ada baju melayu J'kids warna hijau muda..saiz untuk baby yang berumur 4 bulan..memang sesuai sangat untuk Ajeeq..even Ajeeq baru nak masuk 2 bulan, tapi baju tu muat dengan badan Ajeeq..mula-mula ingat nak beli dah..tapi tak jadi..then bila nak pegi beli balik, dah tak de saiz tu..wuuuaaa, menyesalnya sy..rugi sesangat..yang ada sekarang hanya saiz untuk baby 8 bulan..dah besar sangat pulak kalau nak belikan untuk Ajeeq..x pe, dah nekad dalam hati nak cari sampai jumpa jugak baju melayu untuk Ajeeq..
Semalam ronda-ronda dekat SP pun tak de jumpa baju melayu yang saiz Ajeeq..baju sy pun tak jumpa coz tak de yang berkenan dihati..so, plan dengan Mr.HUBBY nak g sambung shopping bila dah balik Ipoh..nak ajak Mr.HUBBY ke GM..syurga baju untuk warga Ipoh..huhuhu..minta-minta la dekat sana nanti jumpa la baju yang berkenan dihati sy ni..:)..
No comments:
Post a Comment