Sunday, July 31, 2011

::SELAMAT BERPUASA::


Yeaaaayy, besok puasa..seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang mulia Ramadan Al-Mubarak..dan malam ni, dalam wall FB pun ramai yang dah mengucapkan selamat berpuasa dan salam ramadan..:)..seronoknya rasa bila tibanya ramadan ni..malam ni semua orang dah start untuk sembayang tarawikh..:)..

While sy pula ramadan kali ni merupakan tahun kedua sy menyambut ramadan sebagai seorang isteri..tapi tahun ni sebagai seorang ibu pulak..:)..dan sy jugak tak boleh nak berpuasa penuh pada tahun ni..13 ramadan baru sy habis tempoh berpantang..then lepas tu sy ingat nak puasa, tapi Mak cakap takut sy tak larat sebab Ajeeq menyusu badan dan yang paling penting takut susu kering..cmane Ajeeq nak menyusu..lagipun sy baru sangat lepas pantang..lagipun ibu menyusu dikecualikan daripada berpuasa..namun kena ganti balik la ye..maknanya tahun depan sy kena ganti puasa selama sebulan la..uuwaaaaa, banyaknya la..jenuh..:)..

Tapi sy tetap semangat untuk menyambut puasa pada tahun ni..tapi sedih jugak 2 minggu pertama ramadan ni kena berjauhan dengan Mr.HUBBY..cian Mr.HUBBY kena sahur dan buka puasa sorang-sorang nanti..tak pe, nanti bila dah habis pantang, sy dan Ajeeq akan balik Ipoh untuk bersama-sama Mr.HUBBY meniti hari-hari di bulan ramadan ni..:)..

Selamat Menyambut Ramadan kepada semua umat Islam diseluruh dunia..:)..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...