Sunday, June 5, 2011

::SELAMAT BERTUNANG SYED & IERA::

Cerita rewind ye..:)..kejadian yang berlaku semalam..4 Jun 2011 tapi sy update hari ni..:)..semalam penat sangat rasanya..dengan letih, lenguh pinggang, sampai rumah pun dah nak malam, terus sy mandi, rileks-rileks kejap then terus tidur..mata ni dah tak berdaya nak tahan untuk update blog kesayangan sy ni..dalam hati cakap besok je la update..tak lari pun blog ni..hihihihi..semalam just baca blog kawan-kawan je..itu je yang mampu pun..nak update blog sy ni otak dah jem, cam tak tau pulak nak taip ape..

Okeeyy, semalam ada hari untuk majlis pertunangan adik lelaki sy..dik Syed..so, dari pagi la sy sibuk..mengemas rumah coz jap g ada saudara yang nak datang untuk join sekali rombongan meminang..iaitu saudara sebelah arwah walid dan jugak saudara sebelah MY LOVELY MOM..walaupun dengan perut yang memboyot ni, tapi tak menghalang sy untuk terus aktif siapkan semua persiapan pertunangan ni..:)..semangat!!!..

Kami bertolak dari rumah menuju ke Alor Setar untuk ke rumah pihak perempuan..sampai je, kami dah terlewat sejam daripada yang dijanjikan..ye la, tadi brhenti sembahyang zohor dulu..tu yang lewat sikit..yang wajib kena la didahulukan ye..:)..sampai je, terus majlis pun bermula..keluarga sebelah pihak perempuan semuanya sedang siap menunggu..

ALHAMDULILLAH majlis berjalan dengan lancar..tujuan datang juga telah diluahkan dengan cara yang paling sopan mengikut adat orang melayu..pihak perempuan pun menerima dengan hati yang terbuka hajat daripada keluarga sebelah lelaki..SYUKUR..setelah siap semuanya, dan sesi menyarung cincin pun selesai kami dijamu selera makan nasi..semuanya lapar, masing-masing tak makan ape lagi just makan bihun goreng je tadi sebelum bertolak..sedapnya la rasanya keluarga sebelah perempuan ni masak..nyummmmiii..sy pun sampai 2x tambah nasi..hehehee..biasa ler..:)..lauk hari ni adalah nasi putih+kari ikan+ikan masak taucu+sambal udang+sambal belacan+ulaman+puding+tembikai+air oren..kami semua makan sampai kenyang..:)..

Bila dah selesai semua, kami rombongan daripada pihak lelaki minta diri untuk balik..masa nak balik tu hujan pun turun dengan lebatnya..hujan rahmat..:)..dan SYUKUR sekali lagi, majlis berjalan dengan lancar dan kami semua pun selamat pergi dan balik..:)..









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...